Saya masih rasa keletihan selepas menganjurkan Kongres PSM ke 10 yang berlangsung di NUBE, Port Dickson. Namun ada satu kenyataan yang dibuat oleh Dr. Nasir di akhir Kongres yang bagi saya, satu perkara yang amat bererti.
Dr. Nasir berkata, “saya kini rasa selamat”. Ini berdasarkan begitu banyak anak muda dan belia yang hadir dalam Kongres dan mereka terus menerima idelogi sosialis dan sentiasa berdebat mengenainya.
Bila diteliti, memang pun benar. Saya masih ingat, Kongres pertama Parti diadakan di
Saya masih ingat antara mereka yang hadir adalah Hamidi – yang kini telah mengambil satu jawatan besar dibawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Premesh Chandran – CEO Malaysiakini. Yang selebihnya, saya ingat masih bersama kami hari ini walaupun dua orang kawan ini masih merupakan penyokong parti dan menyumbang dari masa ke semasa. Pada masa itu, kami masih duduk disekeliling dan berbincang. Pada ketika itu, kami hanya ada satu cawangan Subang. Hari ini jika nak ke Cameron, kita tak perlu susah kerana kita ada komrad disana dan Pusat Khidmat PSM disana.
Semasa kami menubuhkan parti, ramai orang telah mencabar kami bahawa jika kita tubuh parti sosialis- ia akan mati, hanya orang tua sahaja akan menyertainya dan kita hanya berpidato sesama sendiri.
Hari ini, merenung Kongres kita ke 10. Dihadiri oleh lebihkurang 150 delegasi dari 7 cawangan, 8 negeri dan 3 fron amat memberangsangkan. 70% ahli yang hadir adalah kurang daripada 40 tahun. Kongres diadakan di Dewan besar dan seluruh jalan menuju ke Kongres di hiasi oleh bendera merah PSM.
Pada hari kedua Kongres, seorang anak muda berumur 16 tahun bersama dua lagi orang kawannya mendampingi saya. Dia berkata, “ Komrad, jika kita menyingkir seorang ahli kerana beliau tidak faham idelogi tetapi selepas beberapa lama, kita dapati dia baik, bagaimana dia boleh sertai balik?” Saya cukup kagum dengan persoalan anak muda ini yang bertanya soalan dengan begitu yakin kepada Setiausaha Agung partinya. Soalan beliau juga selepas Kongres mendebat isu keahlian. Justeru terbukti, beliau dapat mengikuti berbincangan.
Inilah satu kelebihan parti sosialis. Seperti pernah dikata oleh Kalai, inilah satu parti dimana seorang akan mati untuk memperjuangkan kewujusannya. Beliau bercakap dan terus menyertai parti.
Maka saya cukup setuju dengan kenyataan Nasir. Obor memperjuangkan identiti kiri dan fahaman sosialis kini di tangan kita. Kita sudah melangkah- selangkah demi selangkah. Jalan yang kita ambil cukup mencabar, meliku dan berduri. Namun kita terus mara dengan penuh sedar demi mengujudkan sebuah Negara dimana tidak ada sesiapapun yang boleh menindas sesiapa pun.
Arul 4.10pm
Untuk dapat cerita lebih apa yang berlaku di Kongres, anda boleh pergi ke http://parti-sosialis.org
No comments:
Post a Comment