ShareThis

Tuesday, June 10, 2008

Renungan Hari Selasa – 10 Jun 2008

PAKATAN tidak boleh leka

Pagi ini, saya telah mendapat satu panggilan telepon daripada PA Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Dato Zaid Ibrahim. Saya diberitahu bahawa temujanji yang saya minta dengan Datuk Zaid mengenai urusan pendaftaran parti PSM telah ditetapkan pada hari khamis jam 10pagi. Saya hairan dengan keefisyenan Pejabat Zaid Ibrahim berurusan dengan orang awam walaupun mereka mengetahui saya adalah dari parti pembangkang yang hendak datang untuk serah memorandum.

Kami sebenarnya hendak menyerahkan satu memorandum kepada Encik Zaid Ibrahim pada 28hb. Mei 2008. Kita telah menghantar satu surat beberapa hari sebelum itu melalui fax. Dua hari sebelum tarikh tersebut, Penyelaras Parlimen beliau memanggil saya. Dia terus mengatakan masa yang kami nak jumpa Zaid Ibrahim tidak sesuai dan dari hari itu,

Saya terus dihubungi dan diberi maklumbalas mengenai temujanji yang saya minta. Beliau juga memberikan saya nombor handset beliau dan handset seorang lagi PA Zaid Ibrahim yang kendalikan urusan beliau di Putrajaya. Kedua-dua PA cukup mesra dan profesyenal. Inilah kali pertama dalam pengalaman saya seorang Menteri PA memberi handset mereka dan seterusnya membuat follow-up sehingga temujanji saya berjaya. Saya cukup gembira apabila mereka sendiri telepon saya dan memberitahu bahawa temujanji adalah pada hari khamis ini. Inilah juga kali pertama, saya dapat satu temujanji denagan Menteri dimana saya tidak menunggu berbulan-bulan atau membuat panggilan demi panggilan atau surat demi surat.

Pada masa yang sama, semalam saya sepatutnya menghadiri satu mesyuarat Task Force di Pejabat seorang Exco Pakatan Rakyat di SUK Selangor. Saya bersama beberapa orang pemimpin NGO kesana kerana mesyuarat kami adalah pada jam 9.30pagi. Tarikh itu telah ditetapkan oleh Exco tersebut manakala satu surat pengesahan juga telah diberi oleh pihak kami dan diacknowledge oleh pihak Pejabat Exco. Namun apabila kami sampai ke Pejabat Exco dengan perwakilan kami pada jam 9.30pagi, pejabat beliau terkunci dan tidak ada sesiapa pun. Apabila ditelepon, beliau memberitahu bahawa pembantu beliau seorang lagi ADUN mengendalikan kes ini. Apabila dipanggil ADUN tersebut, beliau pula bercakap dia tidak mengetahui tentang mesyuarat tersebut dan dia bukan orang yang kendalikan task-force ini. Maka setelah lama menunggu, akhirnya seorang lagi Pegawai Khas exco datang untuk berbincang dengan kami. Pegawai ini juga meminta maaf atas kesilapan ini. Maka kami balik dengan kecewa setelah membuat teguran kami.

Justeru itu, apabila dilihat maka jika seluruh Jentera BN bergerak seperti keefisyenan Pejabat Zaid Ibrahim, mungkin BN akan mendapat sokongan rakyat pada masa depan kerana mereka mula membuat kerja. Bagi pihak PAKATAN pula mereka mesti berjaga-jaga, tidak leka dan kena sentiasa bekerja keras kerana kuasa itu mungkin tidak berkekalan jika kita menjalankan tugasan ini dengan tidak bersungguh-sungguh atau meyakinkan.



No comments: