ShareThis

Sunday, June 8, 2008

Perjumpaan dengan Penduduk Kg. Bahru Semenyih



8 Jun 2008-Semenyih

PSM Semenyih telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penduduk Kampung Bahru Semenyih selepas pilihanraya pada bulan Mac yang lalu. Pada pertemuan pertama para penduduk telah mengemukakan banyak masalah kepada Sdr. Arul. Antara masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di sini adalah berkaitan dengan tanah. Hari ini perjumpaan susulan diadakan untuk mengemaskini butiran aduan. Kes baru juga diterima daripada penduduk. Masalah yang dikemukakan oleh penduduk Kg. Bahru boleh dibahagikan kepada 3 tiga kategori: i) masalah pembaharuan hak milik tanah ii) masalah geran tanah iii) masalah status tanah akibat pembangunan yang berlaku di sekitar kampung ini. Para penduduk juga membuat aduan tentang sistem perparitan seperti longkang tersumbat dan juga sungai yang menjadi tempat orang membuang sampah. Sdr. Arul akan membawa masalah tanah penduduk Kg. Bahru perhatian Pejabat Tanah Bangi pada hari Selasa akan datang.

No comments: