ShareThis

Thursday, May 15, 2008

Soalan isu Semenyih di Dewan Undangan Negeri Selangor




Soalan di Dewan Undangan Negeri Selangor:

Nasib baik kita mempunyai kawan ADUN Sosialis Dr. Nasir Hashim untuk bertanyakan beberapa soalan untuk masyarakat di Semenyih. Dr. Nasir telah mempertengahkan soalan-soalan berikut bagi pihak saya di DUN Semenyih. Namun demikian, disebabkan ada kuato untuk setiap ADUN dan memandangkan ada soalan lain yang perlu diminta oleh Dr. Nasir termasuk isu-isu pokok, maka soalan yang dipertengahkan oleh kami terpaksa fokus kepada beberapa isu penting. Soalan-soalan yang dipertengahkan adalah seperti berikut :


PERTANYAAN MULUT DARIPADA SAUDARA DR.NASIR HASHIM (KOTA DAMANSARA) YANG ADA SANGKUT PAUT DENGAN DUN SEMENYIH:

Tajuk :Kemudahan Awam di Perumahan Pangsa Kos Rendah PPRT

a) Senaraikan butiran lengkap semua syarikat penyelengaraan dan rumah pangsa kos rendah PPRT yang dijaganya.

b) Apakah tindakan PBT terhadap syarikat penyelengaraan PPRT yang gagal membaikpulih kemudahan awam seperti lif, paip dan kutipan sampah di PPRT . Dapatkah Majlis mengambilalih penyelengaran rumah kos rendah

c) Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menempati janji manifesto PRU12 ,iaitu memberikan subsidi air percuma ,20m3 kepada penduduk PPRT yang mengunakan meter pukal Syabas ?


Tajuk : Kemudahan Pengangkutan Awam di Kota Damansara dan Semenyih .

a) Syarikat bas awam enggan mengunjungi kawasan yang tidak memberikan pulangan yang mencukupi . Demi memastikan kemudahan pengangkutan awam dinikmati rakyat , apakah penilaian Kerajaan terhadap mengendalikan suatu syarikat bas yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri sendiri ?

b) Pengangutan Bas awam untuk jalan Semenyih-Broga, Semenyih - Bangi dan Jalan Sungai Lalang telah dihentikan beberapa tahun lalu ekoran Syarikat Bas Foh Hup hentikan perkhidmatan. Kerajaan terdahulu menjanjikan perkhidmatan Bas akan dipulihkan tetapi sehingga kini, ia tidak dilaksanakan.



Tajuk : Kebajikan Pekerja Swasta dan Kerajaan

a) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengimplementasi polisi gaji minima RM 1500 untuk pekerja swasta sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU12 yang lalu ?

b) Apakah langkah Kerajaan Negeri bertindak meneladani polisi sedemikian dengan melaksanakan gaji minima untuk kakitangan Kerajaan Negeri , agensi Kerajaan Negeri dan syarikat kepunyaan Kerajaan Negeri ?

c) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengimplementasi skim cuti bersalin untuk pekerja wanita selama 90 hari sepertimana yang dijanjikan dalam manifesto PRU 12 ?

Tajuk : Geran tanah kepada penduduk Kampung Baru

a) Berikan butiran penduduk mengikut Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun tetapi masih memiliki lesen TOL sahaja ?

b) Apakah polisi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan geran tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun ?

c) Apakah langkah –langkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penyalahgunaan kuasa dan pemberian geran tanah kepada pihak yang tidak layak di Kampung Baru ?

d) Kampung Baru Broga menanti 20 tahun untuk geran diberikan. Bayaran premium sudah dibayar tetapi sehingga kini geran belum diberikan. Bilakah proses pemberian geran ini boleh dilaksanakan

Tajuk : Gerai untuk Peniaga Kecil

a) Gerai –gerai berniaga yang dibina oleh PKNS untuk peniaga kecil adalah dijual dengan harga RM 58,000 . Apakah langkah Kerajaan Negeri menetapkan harga siling yang rendah bagi gerai sedemikian agar ianya mampu dibeli oleh peniaga kecil ?

b) Demi menambahkan pendapatan golongan berpendapatan rendah yang menduduki PPRT , apakah penilaian Kerajaan Negeri terhadap memulakan suatu program mengadakan gerai bergerak di bawah setaip perumahan PPRT untuk membolehkan penduduk PPRT berniaga?

c) Apakah rancangan MBPJ dan MBSA untuk membina lebih banyak gerai untuk menempatkan peniaga tepi jalan yang kian bertambah ?

Tajuk : Perumahan Sendiri Pekerja Ladang
a) Senaraikan ladang –ladang yang telah dan akan menyediakan perumahan sendiri pekerja ladang di Selangor .

b) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menguatkuasakan polisi menyediakan rumah sendiri kepada pekerja ladang kepada ladang yang enggan berbuat demikian ?

c) Adakah Kerajaan Negeri berusaha untuk membentuk suatu prasyarat atau undang-undang baru yang jelas kepada tuanpunya ladang dan pemaju bahawa , pekerja ladang mesti ditawarkan rumah di kawasan itu juga , apabila pekerja dihentikan kerja apabila ladang dibangunkan ataupun penanaman semula dilaksanakan ?

Tajuk : Peneroka Bandar ( Setinggan )

a) Kerajaan Negeri dulu telah menarik balik bayaran gantirugi sebanyak RM 7000 kepada para peneroka Bandar ( setinggan ), tetapi bayaran ini ditarik balik apabila mereka mempertikaikan pengimplementasian polisi 'Setinggan Sifar " dan pengusiran paksa di Mahkamah . Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membayar semula gantirugi tersebut kepada mereka yang telah dinafikannya ?

b) Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan PBT menggunakan Ordinan Darurat , 1969 untuk melaksanakan pengusiran paksa ?

c) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kos rendah yang mencukupi agar para peneroka Bandar ( setinggan ) dapat membelinya pada masa terdekat ?

Tajuk : Pembangunan Tapak lapang disekitar Kawasan Perumahan


a) Senaraikan projek –projek pembangunan komersial yang dirancang dan sedang dilaksanakan di tanah lapang yang berada 100m daripada kawasan perumahan di kawasan Kota Damansara .

b) Apakah kriteria yang digunakan oleh PBT untuk menentukan samaada ketetapan 'Local Agenda 21' (dimana proses konsultasi dijalankan dengan penduduk persekitaran sebelum projek diluluskan) perlu dilaksanakan atau tidak ?

c) Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa setiap perancangan pembangunan berhampiran dengan kawasan perumahan atau sekolah , melalui proses konsultasi , debat bersama penduduk setempat sebelum ianya diluluskan ?

Tajuk : Pelupusan sampah dan Alam Sekitar

a) Pusat Pelupusan Sampah -RDF di Hulu Semenyih mendapat bangkangan penduduk setempat terutamanya dari kampung Pasir dan kawasan sekitarnya. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu penduduk terutamnya mengenai pencemaran bau di kawasan kampung ini.

b) Sebuah jalan alternatif seperti yang disaran dalam EIA untuk membawa lori sampah seperti yang disarankan sebelum ini masih belum dibina oleh pihak kerajaan. Adakah jalan alternatif ini akan dibina dan dalam empoh amsa bila

c) Adakah Kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu pelupusan sampah pada jangka masa panjang

Tajuk : Kuari dan Kilang Haram

a) Terdapat dua buah kuari dan kilang haram yang telah dibina berhampiran dengan
kawasan perumahan di Bandar Sunway Semenyih yang mengancam kesihatan dan persekitaran penduduk setempat.

b) Apakah langkah kerajaan Negeri untuk mengatasi isu ini dimana kilang dan kuari tersebut terbukti menyalahi undang-undang dan satu cara adalah untuk mengalihkan kilang dan kuari haram terebut.

3 comments:

CeO said...
This comment has been removed by the author.
CeO said...

Sy menulis bukan sebagai balasan utk isu Semenyih ini, tetapi sy hendak komen tentang perjuangan parti sosialis ini.

Sy byk membaca tentang Karl Marx, Rosa Luxemburg, Leon Trotsky dan leftist yg lain. Jd sy rasa, parti ini tidak begitu relevan dgn perjuangan sosialis sebenar. Anda claim diri sendiri sebagai socialist tetapi tidak tahu apa itu socialist, tidak memperjuangkan apa yg di tulis oleh Marx dalam buku-bukunya dan tulisan2 beliau. Jgn ulangi kesilapan Lenin, Stalin, Mao Zedong dan Castro. Mereka bukan lah socialist sebenar. Jgn jadikan USSR, Cuba sebagai panduan socialist anda, itu adalah satu penipuan.

Sy lihat, parti anda tidak kurang seperti parti politik lain. Anda mengutamakan politik dari perjuangan pekerja. Anda harus faham, socialist tidak memerlukan negara (abolish state) seperti yg terkandung dlm Communist Manifesto Marx. Jika anda memperjuangkan negara sosialis, anda adalah hipokrit dan tidak mengikut hala tuju Marx sebenar. Kekuatan sosialis sebenar adalah "labour power" dan in harus dipraktikkan, bukan sahaja utk melahirkan masyarakat tanpa kelas, tetapi menghancurkan kapitalisme. Kewujudan negara, tidak boleh lari dari kewujudan kapitalisme dan sebab itu, negara tidak perlu wujud dalam perjuangan sosialis.

Marx tidak mengajar hanya, sosialisme, tetapi banyak lagi teori yg boleh dipraktikkan dalam sebuah masyarakat komunis sejagat yg tanpa negara. Anda harus memperjuangkan ekonomi masyarakat, kerana ekonomi adalah penjana "kuasa" dalam sesebuah masyarakat. ekonomi adalah kekuatan sosialis, apabila ekonomi ditawan maka kuasa sosialis akan bertambah dan mewejudkan masyarakat yg bekerja.

Jika perjuangan sosialis tidak mengikut dasar yg sebnar, maka anda tidak layak menggelar s=diri sebagai sosialis atau parti sosialis, where we were equal, share every wealth, power of economy and alienation to evryone. This must be apply, or soon you will be the next Lenin or Castro fake socialist. Jika ingin hubungi saya, layari blog sy :

http://manceo.blogspot.com

thanks comrades, sy hanya memberi satu pandangan dan provokasi atas nama sosialis sebenar. "Im not a communist, I just like the idea of Marxist......."
-C e O-
workers of the world UNITE!!!

haji said...

Tajuk : restoran "HARAM" berdekatan taman semenyih ria.

1) Terdapat sebuah buah Restoran haram yang telah dibina ditanah kerajaan dan berhampiran dengan
kawasan perumahan di TAMAN SEMENYIH RIA Semenyih.Restoran tersebut selalu membuat bising dengan memasang sistem karaoke yang terlampau kuat sehinggah menganggu penduduk di kawasan tersebut.

2)restoran itu juga dipercayai dikendalikan oleh pendatang asing.

3)kami berharap kerajaan Negeri dapat mengatasi isu ini dimana restoran tersebut terbukti menyalahi undang-undang.