Dalam zaman ini, hampir kesemua pembinan kuil atau tempat ibadat mendapat bantahan pelbagai pihak. Kali ini pihak JMB di Pangsapuri Kos Rendah di Kesuma menimbulkan persoalan bahawa majoriti penduduk flat membantah kerana lokasi yang terlalu hampir dengan flat tersebut. Saya hari ini membuat lawatan lokasi tersebut dan pihak pemaju juga turut hadir untuk menunjukkan lokasi tersebut. Saya bercadang berjumpa dua pihak untuk mencari satu penyelesaian.
ShareThis
Wednesday, November 10, 2010
25 Okt 2010 - Melawat pembinaan kuil hindu di Kesuma
Dalam zaman ini, hampir kesemua pembinan kuil atau tempat ibadat mendapat bantahan pelbagai pihak. Kali ini pihak JMB di Pangsapuri Kos Rendah di Kesuma menimbulkan persoalan bahawa majoriti penduduk flat membantah kerana lokasi yang terlalu hampir dengan flat tersebut. Saya hari ini membuat lawatan lokasi tersebut dan pihak pemaju juga turut hadir untuk menunjukkan lokasi tersebut. Saya bercadang berjumpa dua pihak untuk mencari satu penyelesaian.
27 Oktober - Mengenang 23 tahun Operasi lalang
Sempena dengan 23 tahun Operasi lalang dimana 106 aktivis politik dan NGO telah ditahan dibawah ISA, 2 buku dilancarkan di KL and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur.
Dibawah adalah kenyataan dari SUARAM
This year is the 23rd anniversary of mass arrests and detentions using the dreaded Internal Security Act. History witnessed the arrest of 106 Malaysians under Operation Lalang and 22 Singaporeans under Operation Spectrum.
To re-examine this significant era, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Abolish ISA Movement (GMI) and Civil Rights Committee (CRC-KLSCAH) are organising the launch of TWO books by ex-ISA detainees:
• Beyond the Blue Gate: Recollections of a Political Prisoner by Teo Soh Lung
• 445 Days Under The ISA: Operation Lalang, 1987-89 by Dr Kua Kia Soong
During this function, we will have a discussion on the theme “In Retrospect of Operation Lalang-Spectrum: Re-Examination of Malaysia’s & Singapore’s 23 Years of Civil Rights & Social Movement in Post-Operation Lalang-Spectrum Era”. We are honoured to have Teo Soh Lung, Dr Kua Kia Soong and Hishamuddin Rais with us on the panel of speakers.
Welcoming speech
Official book launch & speech
- YB Dr Nasir Hashim
- YB Saari Sungib
Panel discussion
Speakers:
- Teo Soh Lung
- Dr Kua Kia Soong
- Hishamuddin Rais
Moderator: Maria Chin Abdullah
25-10-10 Menemui mangsa kebakaran hadapan Telekom Semenyih
Tuesday, November 9, 2010
23-10-10 Malam Revolusi - Mampus Neolibaral !
Malam Revolusi anak muda PSM kembali setelah 1 tahun menghilangkan diri. Malam Revolusi dengan tema Mampus Neo-liberal cukup bersemangat dengan aneka jenis persembahan yang progresif dan kuat mengutuk pemerintahan neo-liberal dan BN.Antara persembahan adalah persembangan band, pentomine, sajak dan lagu. Ramai ahli JK Pusat PSM turut meluahkan bakat emreka seperti Dr. Jeyakumar MP Sungi Siput mendendangkan dua lagu, Dr. Nasir membaca sajak dan Chon Kai dan Segar mendendangkan lagu.
Malam Revolusi turut melancarkan kempen pendidikan percuma sehingga ke Universiti. Tahiah kepada anak muda PSM atas inisiatif dan usaha mereka.
23 & 24 Oktober - SOCIALISMA 2010 - Membicara serangan neo-liberal keatas rakyat Marhain Malaysia
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjemput ramai kawan-kawan untuk membicara isu-isu berkaitan dengan Neoliberal semasa Forum Sosialisme 2010 yang berjalan selama 2 hari, 23 dan 24 Oktober 2010 di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor.
Lebih 150 orang perserta dari kalangan pelajar, aktivis, ahli politik dan individu-individu prihatin telah menghadiri program ini. Anak-anak muda PSM juga telah menganjurkan malam revolusi pada malam 23 Oktober dengan pelbagai persembahan menarik seperti drama, lagu dan tarian yang memaparkan isu-isu rakyat.
Panel-panel yang dijemput untuk Sosialisme 2010 adalah mereka yang berpengalaman dalam isu-isu rakyat. Antaranya ialah Dr Kua Kia Soong- aktivis hak asasi manusia sejak 3 dekad lalu, Dato Zaid Ibrahim- bekas menteri yang kini bertanding jawatan timbalan PKR, Dr Jeyakumar – MP Sg. Siput dan salah seorang pengasas PSM, Syed Shahir – Presiden MTUC, Mohd Rafizi – Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Toh Kin Woon – bekas ADUN Parti Gerakan, Dr. Subramaniam – Ahli Eksekutif Aliran, Sdra Tony Pua – MP Petaling Jaya yang lantang, Sdri Tijah Yok Chopil – seorang aktivis orang asli yang memenangi anugerah Wild Asia Heroes, Sdra Charles Santiago – MP Klang yang juga memimpin gabungan memnentang penswastaan air, dan Sdri Saraswathy – aktivis yang bertanding di kerusi Jelapang pada Mar 2008 dan timbalan pengerusi PSM. Juga terdapat pembentangan dari Kedutaan Venezuela!
Maka semua panel yang menghujah topic ini memang positif bahawa rakyat pasti boleh mengatur diri. Parti-parti politik serta NGO-NGO yang menentang polisi-polisi Neo-liberal mempunyai tugas berat untuk memperkasakan rakyat serta membina kuasa rakyat.
Sosialisme 2010 pasti telah memberi ruang untuk menghujah isu-isu semasa terutama isu-isu ekonomi yang menekan kehidupan rakyat biasa. Perbincangan harus diikuti dengan tindakan dan besar harapan kami, tindakan itu akan menuju ke arah membebaskan rakyat dari belenggu penindasan.
Dr. Subramaniam dari ALRAN berkata PSM mungkin parti kecil tetapi ide-ide yang diutarakan cukup matang dan telah membawa perubahan positif dan memperkayakan analisa politik dalam negara kita. Sosialisma 2010 membuka ruang debat membincangkan serangan neo-liberal iaitu satu mantra kapitalisma yang menghancurkan kemanusiaan hari ini. Debat ini menuntut rakyat menentang serangan ini dan menyelamatkan rakyat.
21-10-10 Lawatan SUA ke Cawangan Subang
Hari ini saya membuat lawatan dan mengadakan diskusi dengan komrad-komrad dari cawangan Subang. Cawangan Subang merupakan cawangan pertama dalam PSM dan juga menempatkan Pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim.
Dalam diskusi, banyak isu berkisar mengenai isu-isu dalaman PSM Subang dan kerja-kerja akarumbi yang dilakukan. Saya juga sempat mengutarakan isu-isu organisasi yang perlu dibuat oleh cawangan dan prinsip-prinsip asas ahli-ahli PSM.
Wednesday, October 20, 2010
19-10-10 Jumpa pekerja ladang Tumbuk
Hari ini saya berjumpa dengan para pekerja ladang dari ladang Tumbuk yang diancam pengusiran paksa. Ini adalah mesyuarat susulan. Sejak kebelakangan ini ada satu notis bahawa tender untuk menjual tanah ladang ini dibuka dan akan ditutup pada Jumaat ini dan ini mengujudkan sedikit kerisauan.
Seramai 16 orang penduduk bersetuju berjuang untuk perumahan tetap daripada pampasan wang.
Subscribe to:
Posts (Atom)