ShareThis

Tuesday, November 9, 2010

23 & 24 Oktober - SOCIALISMA 2010 - Membicara serangan neo-liberal keatas rakyat Marhain Malaysia





















Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjemput ramai kawan-kawan untuk membicara isu-isu berkaitan dengan Neoliberal semasa Forum Sosialisme 2010 yang berjalan selama 2 hari, 23 dan 24 Oktober 2010 di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor.

Lebih 150 orang perserta dari kalangan pelajar, aktivis, ahli politik dan individu-individu prihatin telah menghadiri program ini. Anak-anak muda PSM juga telah menganjurkan malam revolusi pada malam 23 Oktober dengan pelbagai persembahan menarik seperti drama, lagu dan tarian yang memaparkan isu-isu rakyat.

Panel-panel yang dijemput untuk Sosialisme 2010 adalah mereka yang berpengalaman dalam isu-isu rakyat. Antaranya ialah Dr Kua Kia Soong- aktivis hak asasi manusia sejak 3 dekad lalu, Dato Zaid Ibrahim- bekas menteri yang kini bertanding jawatan timbalan PKR, Dr Jeyakumar – MP Sg. Siput dan salah seorang pengasas PSM, Syed Shahir – Presiden MTUC, Mohd Rafizi – Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Toh Kin Woon – bekas ADUN Parti Gerakan, Dr. Subramaniam – Ahli Eksekutif Aliran, Sdra Tony Pua – MP Petaling Jaya yang lantang, Sdri Tijah Yok Chopil – seorang aktivis orang asli yang memenangi anugerah Wild Asia Heroes, Sdra Charles Santiago – MP Klang yang juga memimpin gabungan memnentang penswastaan air, dan Sdri Saraswathy – aktivis yang bertanding di kerusi Jelapang pada Mar 2008 dan timbalan pengerusi PSM. Juga terdapat pembentangan dari Kedutaan Venezuela!

Maka semua panel yang menghujah topic ini memang positif bahawa rakyat pasti boleh mengatur diri. Parti-parti politik serta NGO-NGO yang menentang polisi-polisi Neo-liberal mempunyai tugas berat untuk memperkasakan rakyat serta membina kuasa rakyat.

Sosialisme 2010 pasti telah memberi ruang untuk menghujah isu-isu semasa terutama isu-isu ekonomi yang menekan kehidupan rakyat biasa. Perbincangan harus diikuti dengan tindakan dan besar harapan kami, tindakan itu akan menuju ke arah membebaskan rakyat dari belenggu penindasan.

Dr. Subramaniam dari ALRAN berkata PSM mungkin parti kecil tetapi ide-ide yang diutarakan cukup matang dan telah membawa perubahan positif dan memperkayakan analisa politik dalam negara kita. Sosialisma 2010 membuka ruang debat membincangkan serangan neo-liberal iaitu satu mantra kapitalisma yang menghancurkan kemanusiaan hari ini. Debat ini menuntut rakyat menentang serangan ini dan menyelamatkan rakyat.

No comments: