ShareThis

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Deepavali di Ladang Abaco


Satu jamuan makan sempena Deepavali akan diadakan di Ladang Abaco (dekat Sesapan Kelubi). Di Ladang ini terdapat satu masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Jadi, ayuh kita rayakan Deepavali bersama mereka. Semua warga Semenyih dijemput hadir.

Tarikh: 25 Oktober 2009 (Ahad)
Masa: 12.30 tengahari

Monday, October 5, 2009

4-10-2009 Perbincangan Dalaman PSM mengenai Gerakan rakyat






Satu perbincangan diadakan mengenai persoalan gerakan rakyat dan gerakan massa dan prospek masa depan di Malaysia. Seramai 50 orang terlibat dalam program ini.

Okt 3- Hari Habitat di Kampung Papan






Hari ini saya sempat bersama JERIT dalam program Habitat 2009 di Kampung Papan

Sambutan Hari Habitat 2009 Peringkat Negeri Selangor pada 3 Oktober 2009
Written by Administrator
Thursday, 17 September 2009


Isu perumahan rakyat miskin masih belum selesai lagi! Tahun ini Hari Habitat Sedunia sekali lagi akan dijadikansebagai platform untuk mengutarakan isu perumahan rakyat terutamanya golongan peneroka bandar yang tinggal di kampung peneroka yang mengalami pengusiran sekarang ini dan golongan penghuni flats yang berjuang setiap hari untuk membayar kos penyelenggaraan flats yang tinggi dan secara kesimpulannya membayar lebih banyak berbanding mereka yang tinggal di rumah teres.

Oleh itu, suatu sambutan yang mengutarakan masalah dan hak perumahan rakyat misksin akan dbuat. Maklumat Sambutan Hari Habitat Negeri Selangor adalah seperti di bawah:

Tarikh: 3 Oktober 2009

Masa: 3pm - 5pm

Tempat: Kampung Papan, Pandamaran Klang

Maklumat lanjut: Hubungi 0196629146 @ 0133845740 @ 0163202128
Last Updated ( Thursday, 17 September 2009 )
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari JERIT
Written by Administrator
Thursday, 17 September 2009

Salam perjuangan dan Selamat Hari Raya kepada keseluruhan warga pekerja, rakan seperjuangan, aktivis-aktivis, kawan-kawan NGO dan semua lapisan masyarakat!

Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri, jangan kita lupa kepada mereka-mereka yang terpaksa berjuang hanya untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, perumahan dan pakaian yang sempurna.

Sambutan Hari Raya akan lebih bermakna, sekiranya Akta Gaji Minima di gubal untuk Pekerja Malaysia, Perumahan Selesa diberikan untuk semua, Perkhidmatan Asas tidak diswastakan dan ISA dimansuhkan.

Tahun ini dengan keadaan ekonomi yang meleset , kadar pengangguran dan inflasi melambung tinggi menyebabkan rakyat hidup dengan serba kekurangan. Hubungan antara kaum juga cuba dipermain-mainkan dengan propaganda yang bertubi-tubi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan kerajaan Persekutuan BN pula cuba mempergunakannya untuk terus berkuasa. Kita harus menolak semangat perkauman dan meningkatkan semangat perpaduan untuk menghadapi cabaran ini.

Sambutlah Hari Raya yang mulia dan penuh bermakna ini dengan semangat muhibbah dan teruskan perjuangan anda dalam apa jua bentuk untuk membina satu dunia baru yang saksama untuk generasi yang akan datang.

Ingat perubahan datang, bukannya dari langit tetapi harus diusahakan dari bawah!

Salam Aidilifitri untuk Semua ! Berhati-hati di Jalan Raya.

Salam perjuangan !



Daripada

Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT

3-10-2009 Hari raya Deepavali Dr. Nasir di Kampung Melayu Subang






Kampung Melayu Subang dulu adalah kubu kuat UMNO-BN dimana semasa pilihanraya lalu, pihak Pembangkang tidak boleh masuk. Namun hari ini, Dr. Nasir dan PSM mengadakan jamuan Hari raya disana dan sambutan adalah amat mengalakkan. Ahli Majlis Subang Jaya A.Sivarajan yang juga salah seorang penaja memberi ucapan.

3-10-09 Hari Penamaan Calon Bagan Pinang






Saya tidak tahu berapa ramai yang hadir dan semestian dalam lingkungan ribuan orang kerana kesesakan lulintas, hujan dan lain-lain menjadikan pilihanraya kecil ini cukup istimewa dan mencabar. PSM memberi komitmen dan menyokong PAS dalam pilihanraya kecil ini. Saya dan Dr. Nasir turut berucap memberi kata semangat kepada penyokong Pakatan Rakyat. Semangat memang ada.

2 Oktober 09 – Strategi menawan kawasan ladang Bagan Pinang



Hari ini YB Ravi- ADUN Port Dickson PKR telah memanggil satu mesyuarat untuk membincangkan strategi di kawasan India dan ladang untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Turut hadir adalah Ahli Parlimen Manikavasagam dan Gopalakrishnan. Pelbagai strategi dilontarkan. Bagi PSM, kami mendapati bahawa rintihan masyarakat ladang bahawa tidak ada pihak yang datang selepas PRU yang lalu harus diambil serius. Walaupun ada kelemahan tetapi, kita harus menjaga kawasan dan ini harus dijalankan sepanjang tahun dan bukan hanya semasa pilihanraya kecil.