ShareThis

Wednesday, November 10, 2010

30 Okt 2010 - Broga dibanjiri aduan










Hari ini saya membuat lawatan ke Broga ekoran permintaan daripada JK Penduduk disana. Dari masa saya disana, saya dibanjiri pelbagai aduan antaranya hakisan tanah, longkang pecah dan runtuh, jalan rosak, isu pokok dan lain-lain.

Setelah melawat Broga, nampaknya isu adalah agar besar dan memerlukan bajet yang tinggi. Satu lagi lawatan perlu dilakukan dengan kehadiran jabatan Kejuruteraan.

30-10-10 - Taman Tasek Semenyih mahu bantuan keselamatan



Taman Tasek Semenyih adalah antara Taman yang paling banyak mempunyai kawalan keselamatan. Malah mereka juga mempunyai sebuah pondok polis. Namun demikian mereka meminta supaya satu ruang dibina dibelakang rumah-rumah mereka dan semak samun kerana khuatir ia terdedah kepada perompok untuk memasuki dari kawasan belakang.

29-10-10- Mesyuarat dengan JMB Pangsapuri Baiduri - isu pmbinaan kuil di Taman Tasik Kesuma






Hari ini saya bersama pasukan PSM duduk bersama JMB Pangsapuri Baiduri di taman Tasik Kesuma untuk mendengar bantahan mereka mengenai pembinaan sebuah kuil hindu dibelakang pangsapuri Blok X. JMB juga mencadangkan satu kawasan alternatif dan bercakap cadangan mereka adalah mereka merasakan tempat alternatif ini lebih sesuai untuk dibina kuil. Selain itu meereka juga mengatakan bahawa majoriti penduduk disana adalah beragama Islam.

Sdr. Arul menjelaskan bahawa isu majoriti satu kaum bukaan lagi menjadi satu dasar untuk meluluskan pembinaan satu rumah ibadat atau tidak. Beliau berkata bahawa pihak kuil memang membina di tapak yang disediakan oleh pemaju tetapi beliau akan duduk berbincang dengan JK Kuil dan pihak pemaju samada mereka setuju dengan cadangan dari JMB.

Mesyuarat berjalan dengan suasana aman dan mesra. Sdr Arul juga berkata ini adalah satu fenomena baru di Malaysia dimana 20 tahun yang lalu memang tidak ada masalah untuk tempat ibadat pelbagai agama didirikan di tempat bersebelahan. Hari ini setiap pembinaan tempat ibadat disusuli dengan bantahan

29-10-2010 = Dr.Kumar wakil rakyat pertama saman kerajaan kerana ingkar bagi peruntukan pembangunan







KUALA LUMPUR,29 Okt – Ahli Parlimen Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr D Jeyakumar menjadi wakil rakyat pertama yang mengheret kerajaan Persekutuan ke mahkamah kerana tidak menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk kawasan pilihan rayanya.

Dalam permohonan semakan kehakimannya, Jeyakumar yang memenangi kerusi Parlimen Sungai Siput, selepas menewaskan presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pada 2008, mendakwa beliau tidak pernah melihat sebarang dana diperuntukkan kepada Sungai Siput sejak beliau menang.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan menyekat dana tersebut, melanggar Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Dalam permohonannya itu, Jeyakumar berkata, dalam kontaks tersebut, Perkara 8 (1) menyatakan bahawa “peruntukan khas bagi kawasan pilihan raya hendaklah dilaksanakan secara sama rata di antara semua ahli parlimen, tanpa mengira kaitan politik.”

“Saya menulis surat kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan diberitahu bahawa RM1.72 juta diberikan (pada 2010), termasuk kepada dua buah sekolah dan sebuah rumah anak yatim, tapi apabila saya menelefon (penerima yang didakwa itu) mereka kata belum menerimanya,” kata Jeyakumar (gambar tengah).

Dinamakan sebagai responden dalam saman tersebut ialah ketua pengarau ICU, pengarah pejabat pembangunan negeri Perak, dan kerajaan Malaysia.

Jeyakumar meminta responden menjelaskan kuasa mereka dalam menyalurkan dana peruntukan khas kawasan pilihan raya, dan prosedur bagi peruntukan dana sejak tahun 2008.

Dipetik dari Selangor Kini

Untuk afidavit sepenuhnya :http://www.parti-sosialis.org/articles/1233

Gambar -PSM

28-10-2010 Peneroka Bandar merungut kepada Dr. Nasir dan PSM






Hari ini Peneroka Bandar dari 4 kawasan iaitu Kampung Keroyong, Kampung Papan, Kampung Fajar dan Kampung Kenangan datang ke Pejabat ADUN Kota Damansara untuk merungut mengenai masalah mereka dan mereka juga tidak puas hati bagaimana kerajaan Negeri menangani masalah mereka. Selain daripada itu, wujud juga masalah dalaman di kalangan peneroka dari segi tuntutan berbeza dan isu perpaduan.

Dr. Nasir bersama dengan Sdr. Selvam, saya dan wakil dari JERIT turut menasihati mereka. Beberapa langkah susulah telah diatur antaranya mengadakan rundingan langsung dengan pihak Kerajaan negeri dan memantapkan lagi barisan peneroka di kampung masing-masing.

28-10-10 Beri latihan kepada aktivis mengenai Hak semasa perhimpunan



Hari ini seramai tujuh orang aktivis NGO menghadiri satu kursus bagaimana menangani isu dan undang-undang semasa satu perhimpunan. Antara perkara yang disentuh adalah isu samada perlu mengambil permit atau tidak, bagaimana membuat rundigan, isu penting yang perlu diatur sebelum dan semasa satu perhimpunan. Program ini dianjurkan oleh SUARAM dan diadakan di pejabat Amnesty International. Saya menjadi trainer untuk program ini.

28 okt 2010 - Mesyuarat khas Isu kebakaran Gerai Semenyih





Hari ini atas inisiatif Sdr. Arul, MPKJ telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan para peniaga dan pemilik kedai yang menajdi mangsa ekoran kebakaran gerai dihadapan Bangunan Telekom. Turut hadir adalah Ahli Majlis Ong yang mempengerusikan mesyuarat dan Sdr Shamsul dari PAS. Pihak lain yang turut hadir adalah Pejabat Tanah dan Bahagian Pelesenan MPKJ.

Dalam mesyaurat tersebut, semua mangsa diberi tempat berniaga alternatif di Semenyih Sentral sehingga menanti pihak MPKJ memohon tanah tersebut di lokasi asal tempat gerai tersebut dari pihak Pejabat tanah. Cadangan MPKJ adalah untuk membina balik gerai disana dimana keutamaaan akan diberi kepada peniaga masa kini.