ShareThis

Sunday, November 22, 2009

15 November 2009 – Mesyuarat Parti kiri Asia Tenggara kali ini paling Berjaya





Mesyuarat Asia Tenggara kali ini paling berjaya dengan kehadiran peserta dari semua Negara ASEAN termasuk Singapura. Parti-parti Kiri dan wakil yang hadir adalah PRP (Indonesia) - Mahendra K, PRD (Indonesia) - Dominggus Oktavianus,
KPRM-PRD (Indonesia) - Zely Ariane, KASBI (Indonesia) – Simon, PLM (Philippines) - Teody Navea, Laban ng Masa (Philippines) - Dodong
Turn Left (Thailand) - Vipar Daomanee, SDP (Singapore) - Gandhi Ambalam, A.M. Jayalam, Muhd Khalis dan dari PSM Malaysia yang diwakili oleh Ahli JK Pusat

Mesyuarat membincangkan beberapa program bersama antaranya
- Kenyataan akhbar bersama
- Forum Sosialisme 2010 & 2011
- Memantapkan
- Arkib kertas sosialisme silam
- Solidariti dan rayuan segera
- Isu pekerja migrant

15 Nov- Asean left united on Neo-Liberalism






The second day Sosialism 2009 forum was on the Impact of Neo-liberal policies and building resistance against neo-liberal offensive. There was good number of foreign and local popular panellists such as Dr. Farish Noor, Charles Santiago, Francisco Dodong from Philippines & many others.

Dominggo, the first panellist from Indonesia is very distressed with the fact that more informal sectors (about 70%) causing weakening of unionization among workers. More workers in the industrial site getting laid off and in the labour market, the supply is more than the demand. So, wages goes down, quality of live goes down, education and health goes down but inflation growing and so does consumption. Meaning people can’t save and they are embedded with debt. He said that 115 million people in Indonesian surviving with less that USD2 a day. Why? Neo-liberalism

The second panellist odong spoke more about his government’s involvement in implementing Neo-liberal policy and it seems Philippine is the fist country to embrace neo-liberalism in the region. Obviously, since they have ‘special relationship’ with the Americans. He is furious with the national bourgeoisie who were given tons of money by the government but took a shortcut by becoming sub-contractors to many industries established overseas and they failed to build technology in their own country.

Our third speaker, comrade Charles Speaker expanded the discussion to international level e.g. the Free Trade Agreement bilateral and unilateral dialogues that is currently going on in the region. He also reminded the audience of how much privatisation in Malaysia e.g. water, rice, electricity, health and so on is burdening the grassroots. While on the other hand, government is absorbing loss of the corporate sectors who lacks expertise in the industries they invested and making huge loss. And yet the government reduce the tax of the corporate sectors from 40% (1988) to 26% (2009) while planning to implement Goods and Service Tax that was suspended 2 years back. Meaning the public, 25 million Malaysians will pay tax for every single thing purchased. It’s not a problem at all for the 6% richest in the country, it is certainly too much for the 70% poor and the middle class!

Third speaker, Comrade Farish took us to the global arena. His point of view is that War on Terror is strongly linked to Neo-Liberalism. How? Terrorism is basically a form of resistance. The impact of free market since the 1970’s and the intervention of the FDI – foreign direct investment as well as Structural Adjustment Policies introduced by IMF and World Bank led to social upheaval to many countries in SEA. In order for capitalism to grow, the unions and the leftist who were against the free market were squashed. He says, the resistance also came in the form of ethno nationalist and religio-communalist! The suffering from the neo-liberal policies are immeasurable thus the resistance is growing and how do you counter it? Anti-terrorist campaign of US and it’s cronies get full support from the ASIA countries as well.

After hearing about the evil of neo-liberal economics, Another group of panels, Comrade Mahendra from Indonesia, Vipar from Thailand, Teodorico from Phillipines and Sivarajan from Malaysia. They spoke about “Building Resistance against Neo-liberal Offensive”.

Number of propositions prompt from this discussion – building workers force, working class party, factory occupations and workers self management, joint campaign by SEA left groups, creating the hegemony through various party e.g. Islamic groups, green movement and the socialist. There was strong commendation that we should be upfront in countering capitalist hegemony and called for class consciousness in the region to fight these emerging trends of capitalism.

Time to time and each speaker almost stressing on the same issue – build the third force driven by the masses by radicalising them and that would able them to make informed decision in determining who hold the power in the government – Islamists, capitalists, liberalists or socialists.

14 Nov Sosialisme 2009 - Debat hebat Sistem 2 Parti












Forum Sosialisma adalah satu acara tahaunan anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diadakan sejak tahun 2005. Namun setiap tiga tahun sekali. PSM juga menganjurkan Sosialisma Peringkat Antarabangsa.

Pada tahun ini, Sosialisme 2009 adalah peringkat nasional tetapi jemputan juga dibuka kepada penyertaan peserta-peserta dari Parti kiri di Asia Tenggara. Pada tahun ini, penyertaan peserta Asia Tenggara dari Indonesia, Thailand, Phillipina, Singapura akan turut bersama untuk memantapkan debat dan perbincangan.

Topik Sosialisme 2009 yang dipilih adalah Sistem Dua Parti – suatu analisa Kritikal. Sejak Tsunami Pilihanraya Mac 8, 2008. Politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa Barisan pembangkang – Pakatan Rakyat mempunyai harapan untuk memerintah negara buat kali pertama. Harapan ini mencetuskan debat bahawa Malaysia semakin matang untuk pergi ke sistem politik dua parti.

Namun beberapa persoalan terus wujud dari segi keberkesanan sistem dua parti dan pengalamana di negara lain, persoalan samada penukaran parti membawa kepada penukaran sistem pemerintahan dan ketiga samada ada, teori politik berperingkat (stages) merupakan satu pengalaman yang wajib dilalui sebelum perjuangan sebenar dilaksanakan.

Jumlah kehadiran untuk Sosialisme 2009 yang buat pertama kali dibuat di Dewan Perhimpunan Cina Berjaya menarik penyertaan luarbiasa sehingga jumlah kehadiran adalah penuh dan terus penuh sepanjang program.

Dr. Nasir Hashim merasmikan program ini dan antara topik yang dibincang adalah BN vs PR Apakah Masa depan Sistem Dua parti di Malaysia ? dan sjuga mengenai Kuasa Ketiga

Antara yang menjadi ahli Panel adalah Haris Ibrahim, Vipar Daomanee – Turn Left, Thailand, Dr. Jeyakumar , Wakil Saifuddin Nasution,- Encik Wong, Wong Chin Huat, Khalid Samad, Toh Kin Voon , Muhammad Sabu dan saya sendiri. Dr. Rohana Ariffin, Amer Hamzah dan Kohila Y menjadi moderator sesi-sesi ini.

13 November 2009 Mesyuarat MPP ke 4




Lebih 20 perwakilan MPP zon menghadiri mesyuarat kali ke empat. Kali ini semua wakil termasuk dari Taman Pelangi Semenyih hadir. Mesyuarat membincangkan mengenai memorandum ke JKR, Aduan semasa dan Deraf Rancangam Tempatan Negeri Selangor,

Antara beberapa keputusan yang diambil adalah membuat lawatan tapak ke Sekolah Bandar Rinching, menghantar surat bantahan kepada TNB dan mengambil peranan aktif dalam membuat bantahan terhadap pelan Rancangan Tempatan.

10 Nov – PSM Klang anjur Forum Bajet 2010






Hari ini, saya merasmikan forum anjuran PSM Klang mengenai bajet 2010. Ini merupakan forum pertama anjuran PSM Klang yang baru ditubuhkan. Para speaker untuk forum ini adalah adalah Dr. Dzukkifli dari PAS, Charles Santiago dari DAP dan Dr. Jeyakumar – Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.

Dr. Jeyakumar menghujah bahawa bajet ini adalah tidak baik kerana ia tidak mengutamakan rakyat berpendapatan rendah. Dr Zul bercakap bahawa jika kita tahu ekonomi, maka bajet kita tidak masuk akal kerana ia adalah bajet deficit 60% manakala Charles Santiago pula menghujah bahawa tahap pinjaman sektor rumahtangga dalam tahap merisaukan dan isu kemiskinan Bandar kini mengatasi kemiskinan desa.

Saya semasa ucapan perasmaian berkata bahawa ekonomi adalah segala-galanya dalam ajaran Karl Marx. Bajet dibincang di Parlimen kerana ia adalah wang rakyat dan justeru itu rakyat sepatutnya mempunyai hak mempersoalkan bajet ini.Kumar pula berkata jangan harapkan Ahli Parlimen. Kami boleh bercakap tetapi perubahan mesti dilakukan dari bawah.

Syabas kepada PSM Klang dan kepimpinan Krishnan kerana Berjaya menganjurkan satu program yang amat memanfaatkan rakyat di kawasan tersebut.

9 November 2009 Ahli Majlis cabar KCB untuk saman mereka


Selepas mengangkat sumpah menjadi Ahli Majlis pada tahun lalu, Ahli Majlis baru telah membatalkan satu kontrak yang memberi satu syarikat swasta hak monopoli mengurus baner dan banteng MPKJ. Kami merasakan sistem memberi hak monopoli kepada syarikat swasta mengendalikan kerja yang sebelum ini dilakukan oleh MPKJ amat mencurigakan. Sebagai seorang Ahli Majlis Sosialis, saya turut dapat melibat bagaimana neo-liberalisma cuba meresap kedalam PBT.

Nasib baik, Ahli Majlis Baru PR Berjaya membatalkan kontrak ini dan kemudian Syarikat yang ditawarkan Kontrak tersebut menulis satu surat menuduh sebahagian Ahli Majlis sebagai bersikap diskriminasi dan pelbagai tuduhan lain.

Pada Mesyuarat penuh Ahli Majlis 28 Oktober yang lalu, saya telah mengemukan satu soalan kepada Full Board bertanyakan perbezaan pendapatan atau hasil yang diperolehi pada tahun ini apabila MPKJ mengendalikan dan berbanding dengan masa KC Bizs menjalankannya.

Jawapan yang saya perolehi adalah amat menakjubkan iaitu antara Mei 15, 2008 sehingga 19 March 2009 , KC Biz menapat pendapatan sebanyak RM 131,250 iaitu purata RM 13,125 sebulan, manakala MPKJ untuk tempoh 20 march 2009 sehingga 30 September 2009 memperolehi RM 236,235 iaitu purata RM 37,500 sebulan.

Ini bererti dibawah MPKJ , kita memperolehi keuntungan 300% lebih tinggi berbanding dengan syarikat swasta.

Kini sebahagian Ahli majlis termasuk saya yang tidak menyokong pengswastaan ini mencabar Syarikat ini untuk menamakan nama alam surat bantahana mereka atau menyaman kami.

Hari ini pengswastaan dijalankan bukan kerana ia lebih berkesan tetapi kerana ada orang mahu buat duit.

8 Nov - Sukan Deepavali di Taman Manikavasagam







Jawatankuasa Penduduk Taman Manikavasagam yang baru ditubuhkan berjaya mengadakan program keduanya dengan berjaya iaitu pertandingan sukan. Antara pertandingan yang diadakan adalah sukaneka, bolasepak dan pertandingan untuk golongan veteran. Makan tengahari dan juga hadiah telah diberikan termasuk hadiah untuk warga tua di taman ini. Syabas kepada jawatankuasa ini dan kepada Setiausaha Sdr. Ravi yang telah memainkan peranan utama dalam menerajui sukan ini bersama AJK yang lain.