ShareThis

Wednesday, January 8, 2014

Sidang Akhbar Tergempar: Flat Taman Permata Dengkil





Hari ini 8/7/2014, satu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Flat Taman Permata Dengkil. Pada awalnya, para penduduk Flat Tmn Permata Dengkil bercadang untuk membuat satu protes di Pejabat PM, di Putrajaya berhubung isu perumahan mereka yang berlarutan lebih 3 bulan. Namun, mereka terpaksa membatalkan protes mereka berikutan surat yang di terima dari Kerajaan Pusat berhubung isu perumahan mereka.





Justeru itu, satu sidang akhbar tergempar telah diadakan di Khemah Flat Taman Permata Dengkil yang dihuni penduduk lebih 3 bulan. Sidang akhbar ini telah dipengerusikan oleh Sdr. Arul. Sdr. Arul telah memaklumkan bahawa para penduduk telah mendapat surat daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyatakan persetujuan kerajaan Persekutuan untuk membina rumah untuk para penduduk di tanah yang di tapak yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini merupakan satu berita yang mengembirakan para penduduk. Persetujuan ini pasti tidak yang dicapai tanpa perjuangan para penduduk Flat Taman Permata.

SYABAS DAN HIDUP PERJUANGAN RAKYAT!


No comments: