ShareThis

Wednesday, May 1, 2013

BARISAN RAKYAT MELAWAN BARISAN NASIONAL!

29 Apr 2013, Semenyih
oleh Media PSM Semenyih
Pilihanraya Umum 13 adalah penting. Pilihanraya ini akan menentukan samada perubahan yang di nantikan oleh rakyat akan di capai atau tidak. Maka, ini bukanlah lagi Pakatan Rakyat vs. Barisan Nasional, sebaliknya Barisan Rakyat melawan Barisan Nasional, menurut Arul, calon PSM N24 Semenyih.
imagesArulParti Sosialis Malaysia hari ini mengadakan satu sidang akhbar untuk meminta calon PKR di Semenyih tarik diri untuk membolehkan PSM menang kerusi ini untuk Pakatan Rakyat. Kenyataan ini dibuat hari ini memandangkan  Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali memaklumkan PAS akan tarik diri dari bertanding di DUN Kota Damansara.
Sebelum hari penamaan, PSM telah membuat rayuan beberapa kali kepada Pakatan Rakyat terutamanya PKR agar aspirasi rakyat untuk satu lawan satu dihormati dan tidak pecahkan undi. Malah PSM juga telah bersetuju dengan syarat PKR iaitu bertanding menggunakan logo PKR di Semenyih. Namun situasi 3 penjuru di wujudkan di Semenyih oleh calon PKR dan ini telah banyak mengelirukan pengundi-pengundi.
Maka, sekali lagi Setiausaha Agung PSM, Saudara Arul membuat rayuan, demi menghormati aspirasi rakyat, calon PKR di DUN Semenyih diminta tarik diri. Sekurang-kurangnya, pengundi akan lebih jelas dan kemenangan terjamin kepada Pakatan.
Sebelum hari pencalonan, lebih kurang 26 Jawatankuasa Penduduk Tempatan telah mengeluarkan kenyataan akhbar menyokong penuh pencalonan saudara Arul di Semenyih kerana kerja-kerja akar umbi yang telah dilaksanakannya selama ini. Selepas hari pencalonan, organisasi-organisasi dan aktivis-aktivis seperti Dr Kua Kia Soong, Liau Kok Fah (pengerusi Civil Rights Committee KLSCAH), Kong Wee Cheng (wakil KLSCAH Youth), Lee Soo Wei (wakil LLG Foundation Development Centre Civil Society Committee), Yong Kin Yin (wakil Malaysian Youth and Student Democratic Movement dan Encik Lew Bon Hoi (akademik) telah meminta calon PKR undur dan memberli laluan kepada Arul, calon terbaik. Begitu juga 23 organisasi India termasuk Malaysia Indian Progressive Association, Angkatan Warga Aman Malaysia, Group of Concerned Citizens dan ramai lagi telah menyeru Hamidi, calon PKR di Semenyih tarik diri agar Arul boleh menang.
imagesNasir
Manakala di Kota Damansara, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di alu-alukan namun di dapati calon PAS masih menjalankan kempen dan tidak lagi menarik diri dan ini akan terus menimbulkan kekeliruan kepada pengundi-pengundi.
Saudara Arul dalam kenyataanya juga menyentuh tentang kekeliruan yang ditimbulkan oleh Sdr. Sivakumar dari DAP mengenai hubungan PSM dan PR. 2 ahli PSM telah menggunakan logo parti PR untuk bertanding dalam PRU ini, dua lagi ahli PSM masih menjadi Ahli Majlis dalam Kerajaan PR di Selangor. PSM diseluruh Malaysia berkempen untuk kemenangan PR dan membantu calon-calon PR. Dalam mesyuarat dengan pihak PR juga, kami dimaklumkan bahawa penyertaan PSM dalam PR akan dibuat selepas PRU dan ini juga termasuk beberapa parti lain dari Sabah yang ingin menyertai PR. ‘Dalam kawasan yang ada penindihan kerusi, PSM masih menyokong calon parlimen PR. Dalam suasana ini, PSM juga ingin  mengatakan PSM bukan parti bebas tetapi adaah parti berdaftar menggunakan logo parti dan mengambil posisi untuk bersama dengan PR dan gerakan rakyat yang lain untuk melawan BN’.
PSMlogo

No comments: