ShareThis

Thursday, April 11, 2013

Harus letakkan Calon Melayu Pandangan Meleset !

Harus letakkan Calon Melayu Pandangan Meleset

Assalamualaikum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin

Saya sebagai pengundi di Semenyih ini berkongsi pandangan dengan YB mengenai calon untuk DUN Semenyih.

Saya telah diberitahu bahawa kemungkinan besar DUN Semenyih akan melihat pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan PSM.

Dalam PRU yang lalu, calon parti pembangkang adalah Aktivis rakyat dan juga Setiausaha Agung PSM iaitu S.Arutchelvan atau lebih dikenali sebagai Arul. Namun pada PRU yang lalu, beliau bertanding atas logo PKR memandangkan parti beliau masih belum diberikan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan. Menurut pandangan PSM, kerusi Semenyih pada asalnya sebenarnya adalah kerusi milik parti PAS dimana pada tahun 2008, PSM telah memperolehi kerusi ini ekoran menukar kerusi ini dengan kerusi DUN Bukit Lanjan. Justeru itu , PSM menganggap kerusi Semenyih sebenarnya adalah kerusi milik mereka dan disebabkan parti PSM kini sudah didaftar , maka adalah hanya adil mereka dibenarkan bertanding atas logo pendaftaran mereka sendiri,

Di pihak PKR pula, mereka menganggap kerusi ini adalah milik mereka dan PSM hanya dibenarkan meminjam logo mereka untuk satu PRU sahaja. Isu yang lebih ketara yang dibawa oleh pihak PKR adalah mereka mahukan satu calon Melayu sebab calon Melayu mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang. Mereka juga sering menuduh andaikata pada tahun 2008, jika calon Melayu bertanding dan bukan calon India, maka mereka sudah pasti akan menang.

Namun, pandangan bahawa calon Melayu pembangkang dapat meraih lebih banyak undi adalah bukan satu fakta yang betul. Pada PRU ke 11, calon Melayu Mohd Khairuddin Bin Othman kalah dengan majoriti 7855 iaitu hampir 8 ribu dan ini jauh lebih besar daripada kekalahan calon India Arul, yang hanya kalah dengan majoriti 1140 undi. Malah calon Melayu pembangkang Parlimen Dr Che Rosli juga kalah dengan calon Parlimen BN di DUN Semenyih. Justeru itu, walaupun majoriti pengundi Melayu adalah sekitar 53% di DUN Semenyih, namun isu etnik calon bukannya satu fakta penting dalam pemilihan calon.
Kerusi DUN Semenyih nampaknya menuju 3 penjuru, maka calon BN nampaknya akan kekal menang dalam kawasan ini. Rata-rata masyarakat Semenyih mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Persoalan adalah siapa yang patut undur.

PSM berpendapat mereka mempunyai peluang yang baik untuk menang memandangkan mereka telah berkerja gigih di kawasan ini untuk 5 tahun dan mempunyai seorang calon yang dianggap sebagai popular, bersih dan dikatakan mendapat sokongan padu dari masyarkat Tionghua, India dan segelintir masyarakat Melayu. Calon PSM Arul juga dilihat sebagai seorang pemimpin Nasional yang berwibawa dan seorang Ahli Majlis MPKj yang rajin. Calon PKR yang akan bertanding masih belum diputuskan walaupun kebelakangan ini nama Hamidi sering timbul sebagai calon pilihan PKR. Namun demikian terdapat bangkangan dalaman oleh PKR Semenyih memandangkan beliau bukanlah calon tempatan. Terdapat juga beberapa baner yang menuntut calon tempatan. Pihak yang menyokong Hamidi berpendapat beliau mempunyai kelebihan untik bertanding sebagai calon PR kerana beliau adalah seorang Melayu dan juga dapat diterima oleh Maskarakat Melayu di Beranang.
Namun kedua-dua calon PSM dan PKR berkata mereka adalah bersama Pakatan Rakyat. Arul berkata dalam kenyataan bahawa parti beliau menyokong penuh calon PR di semua kerusi kecuali kerusi yang ditandingi oleh PSM iaitu hanya 4 kerusi sahaja di seluruh negara. Selain itu, PSM menyokong penuh Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Justeru adalah amat penting untuk memastikan calon yang terbaik bertanding menentang YB Johan serta BN kerana hanya melalui pertandingan satu lawan satu sahaja calon BN boleh disaingi. Isu persoalan etnik bukan penentu tetapi yang lebih penting ialah calon yang berwibawa, dikenali dan pernah buat kerja di Dun Semenyih.

Ini adalah pandangan saya mengenai isu ini yang harap dipertimbangkan oleh Datu Seri dan YB Azmin . Kita mesti sedar bahawa calon yang berwibawa dan kaliber adalah lebih penting daripada meletakkan calon hanya untuk memuaskan hati sesetengah pihak di parti kita .

Terima kasih & Salam Perjuangan

Arif Ismail

1 comment:

ABP said...

Alaa.... Macam la pas dan pkr tak buat kerja langsung.... Pirahhh..... Kamu buat kerja sbb nak bertanding pilihanraya, kami buat kerja sbb memang kerja kami sebagai penyokong. Kami tak kira siapa pun yang bertanding, asal bukan psm.