ShareThis

Thursday, April 25, 2013

12 Janji, 12 Langkah Penyelesaian…

AKUR JANJI ARUL: Tidak akan menyertai Barisan Nasional jika menang!
Bermula dari 24 Apr  sehingga 4 Mei 2013,   dalam siri ceramah kelompok di Semenyih, Saudara Arul akan melaksanakan satu lagi kewajipan penting sebagai calon.
DSCF7543
Arul akan menandatangani AkuJanji di hadapan orang ramai. Menurut saudara Arul semasa majlis menandatangani AkuJanji di Sri Tanjung semalam “sekiranya saya gagal mengambil usaha untuk melaksanakan janji-janji yang saya kemukakan, rakyat berhak mengambil kes mahkamah terhadap saya”.
Saudara Viswa, seorang peguam yang turut dijemput ke ceramah di Sri Tanjung berkata, ‘ia, dokumen ini memang boleh digunakan di mahkamah, tapi saya tak rasa you perlu buat begitu, sebab  Arul pasti akan melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah Arul, sebab itulah anda mesti undi Arul dan jadikan beliau wakil DUN Semenyih’.
Saudara Viswa juga mempersembahkan 2 buah lagu, khas untuk pengundi-pengundi Semenyih. Bukan sahaja suara, mesej yang disampaikan pun cukup enak untuk telinga!
Satu lagi perkara yang ditekankan oleh calon kita kepada pengundi-pengundi ialah, "kita mahu Pakatan Rakyat menuju ke Putra Jaya, kita mahu BN tumpas, Ini kalilah! Jadi undi untuk PAS di Parlimen".
12 Janji tersebut ialah:
Jika calon PSM menang di kawasan DUN/Parlimen anda, beliau akan:
  1. Membuka pusat khidmat rakyat untuk menerima dan bertindak segera dalam membantu pengadu.
  2. Melawat kawasan yang menghadapi kecemasan secepat mungkin.
  3. Menubuh jawatankuasa penduduk di setiap kawasan yang menghadapi masalah, bekerja dan bersama penduduk demi mengatasi masalah mereka.
  4. Memulakan proses mewujudkan majlis perundingan rakyat (MPR– gabungan semua jawatankuasa penduduk/sektor) di kawasan dun/parlimen. Majlis perundingan rakyat akan bersidang sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
  5. Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun sekali.
  6. Menerbitkan buletin setiap 4 bulan untuk memaklumkan aktiviti dan isu yang diperjuangkan oleh wakil rakyat.
  7. Bertindak sebagai wakil rakyat sepenuh masa. Tidak akan memegang apajua jawatan dalam mana-mana badan korporat.
  8. Akan sentiasa transparen dan telus menjalankan tanggungjawab
  9. Wakil rakyat sentiasa bersama rakyat biasa memperjuangkan isu rakyat.
  10. Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
  11. Akan berusaha dan menunjukkan laporan prestasi setahun sekali mengenai semua isu yang tertera dalam manifesto DUN Semenyih dan menunjukkan tahap pencapaian.
  12. Tidak akan menyertai Barisan Nasional jika menang. Akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan kepentingan diri. Tidak akan melompat parti atau bersekutu dengan mana-mana parti politik yang bekerja bertentangan dengan kepentingan rakyat.
[Manifesto DUN Semenyih: 12 Langkah Penyelesaian ]
kuasa rakyat
Inilah kelebihan calon-calon PSM….calon terbaik dan yang pasti anda akan UNDI demi kesejahteraan masyarakat.


dari Meja Media PSM Semenyih

No comments: