ShareThis

Friday, March 22, 2013

SURAINI (1924-2013) – SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN DAN ANTI IMPERIALIS


SURAINI (1924-2013) – SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN DAN ANTI IMPERIALIS
 
Parti Sosialis Malaysia (PSM) ingin merakamkan rasa takziah kepada keluarga dan kawan-kawan Sri kandi Suriani yang merupakan salah seorang tokoh kiri tanahair yang berjuang untuk kemerdekaan tanahair dan telah menentang pencerobohan Malaya oleh Imperialis Jepun dan British.

Ibu Suriani adalah antara pejaung paling unggul abad ke 20 dan pernah diberi perkenan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada tahun 1989.

Sebenarnya ramai wanita yang terlibat dalam gerakan kemerdekaan dan Sri Kandi Suriani merupakan salah seorang daripada  tokoh yang banyak membuat pergorbanan demi perjuangan.

Suriani Abdullah lahir pada 23 Januari 1924 di Sitiawan, Perak. Pejuang progresif ini lahir dalam zaman kesedaran nasional rakyat semasa Tanah Melayu pada masa itu dijajah oleh British. Pada masa itu Malaya sedang bergelora dengan kebangkitan rakyat. Beliau adalah produk kebangkitan ini.


Setelah Perang Anti-Jepun meletus, Suraini terpengaruh dengan gerakan pelajar anti-Jepun. Pada masa itu, terdapat dua parti politik yang aktif menentang penjajahan; KKM (Kesatuan Melayu Muda) dan PKM (Parti Komunis Malaya). Suriani menyertai Tentera Pembebasan Tanahair iaitu Rejimen Ke-10.
Sumbangan Suriani kepada kemerdekaan Negara harus dilihat melalui penglibatan beliau dalam Perjuangan Anti-Jepun (1941-1945) dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British (1948-1957)

Beliau pernah ditangkap oleh tentera Jepun dan dipenjarakan. Namun, semangatnya yang gagah dan berani menyebabkan Suriani tidak pernah tunduk kepada kekejaman penjajah. Semangat dan penampilan pejuang wanita ini diberi pengiktirafan dan diberi gelaran ”SRIKANDI ANTI-JEPUN”.

Beliau banyak memberi sumbangan dan berjuang bersama-sama tokoh seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin sehinggalah termeterai Perjanjian Damai Haadyai di antara Kerajaan Malaysia dan PKM. Suriani telah berumahtangga dengan Abdullah CD dan menetap di Selatan Thailand.Pada tahun 1999, Suriani dan Abdullah CD telah mengerjakan Haji di Mekah.

Dalam pemergian ini, PSM meminta Kerajaan Malaysia mengikriraf  pengorbonan semua pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia termasuk pejuang kiri seperti Suriani. Sejarah harus memberi pespektif benar dan biar rakyat menentukan.

No comments: