ShareThis

Sunday, March 3, 2013

Penubuhan MC di Flat Taman Asa Jaya

Hari ini, penubuhan Management Committee (MC) di Flat Asa Jaya telah diadakan semula. Pada 22/2/2013, satu mesyuarat telah dipanggil oleh pihak pemaju untuk menubuhkan MC. Namun demikian, MC tidak dapat ditubuhkan kerana tidak cukup korum. Mesyuarat telah tunda dan para penduduk bersetuju untuk mengadakannya pada hari ini.

Lebih kurang 50 penduduk telah hadir ke mesyuarat ini. Sdr. Arul, selaku ahli majlis MPKj telah menerangkan mengenai penubuhan MC serta tanggungjawabnya. Beliau juga telah menekankan bahawa MC tidak dapat berfungsi tanpa kerjasama serta sokongan para penduduk.

Pada awalnya, tiada seorang penduduk yang menawarkan diri untuk menjadi wakil MC. Selepas perbincangan, beberapa orang  penduduk telah mencadangkan agar wakil JMB yang lepas dilantik sebagai MC. Cadangan ini telah mendapat sokongan daripada  semua dan empat wakil JMB daripada lima orang telah dipilih untuk menjadi wakil MC. Wakil baru yang dipilih untuk menjadi MC adalah Sdr. Aziz.

Pengerusi baru MC turut dipilih iaitu En. Bong. Beliau begitu bersemangat dan mula memimpin MC. Beliau telah memberi penerangan berhubung isu-isu flat dan meminta kerjasama daripada semua penduduk. Beliau juga memaklumkan bahawa wang penyelenggaraan sebanyak RM20 sebulan akan dikutip.





Kami bagi pihak PSM mengucapkan taniah kepada pimpinan MC di Flat Asa Jaya.

No comments: