ShareThis

Wednesday, March 20, 2013

Mesyuarat Majlis Perundingan Penduduk (Zon 18)

18 Mac 2013, Semenyih

Saudara Arul yang merupakan pengerusi bagi Majlis Perundingan Penduduk (MPP), Zon 18  telah memanggil mesyuarat bersama wakil-wakil MPP ke pejabat Zon beliau. Wakil-wakil zon 18 yang turut hadir ke mesyuarat adalah dari Taman Pelangi Semenyih, Taman Manickavasagam, Taman Sri Tanjung, Taman Tasek Semenyih, Bandar Rinching Seksyen 1-6, Broga/Tarun dan kampung Sentosa. 

Selalunya sebulan sekali mesyuarat MPP ini diadakan untuk menenalpasti aduan penduduk dan Saudara arul yang merupakan Ahli Majlis Kajang akan membawa semua aduan ke peringkat MPKj dan tindakan susulan. Mesyuarat MPP ini akan menjadi yang terakhir sebelum pilihanraya. Saudara arul juga menjelaskan bahawa walaupun parlimen bubar, kerajaan tempatan akan terus berkuasa sehingga kerajaan negeri yang dipilih ambil alih kuasa. 

Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh En.Azhaare bin Md. Shah dari MPKj bahagian Jabatan Kejuruteraan, MPKj. Antara aduan dan perkara yang dibincangakan adalah seperti berikut:

1. Lampu yang selalu rosak dan tidak nyala di Taman Pelangi Semenyih
2. Lampu limpah di padang permainan di Taman Pelangi Semenyih, Broga dan Bandar Rinching Seksyen 2
3. Lampu yang sedia ada malap di Taman Tasek Semenyih
4. Lampu tidak menyala dari Northingham University ke pekan Broga
5. Lampu kelip di  depan kampung Sentosa menyebabkan banyak kemalangan
6. Jalan susu masuk sebelah kuil Semenyih perlu ditar

Saudara Arul akan membawa isu-isu ini ke mesyuarat infrastruktur di Majlis Perbandaran Kajang. 


No comments: