ShareThis

Tuesday, March 26, 2013

Keselamatan amat penting bagi kami - Penduduk Taman Tasek Semenyih!


25 Mac 2013 10pm, Taman Tasek Semenyih, Semenyih

Saudara Arul, Ahli Majlis Kajang Zon 18 telah mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa penduduk Taman Tasek Semenyih setelah melawat taman bersama wakil J/Kuasa untuk melihat masalah lampu bersama wakil dari Bahagian Elektrik, MPKj. 

Lebih dari 20 ahli Jawatankuasa Penduduk Taman Tasek Semenyih hadir ke mesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, beberapa aduan yang diutarakan oleh wakil penduduk kepada saudara Arul adalah seperti berikut:
  
  • Pokok-pokok di taman sudah uzur. Wakil penduduk meminta menggantikan pokok di  taman. Pokok-pokok di taman tidak berbunga. Aduanya juga kehijauan kawasan semakin kurang. Saudara Arul  kata akan membawa permintaan penduduk ke mesyuarat MPKj. Walaupun ramai menebang pokok, tapi penduduk Taman Tasek Semenyih masih cinta dengan kehijauan. 
  • Masalah Lampu. Di beberapa jalan dalam taman, lampu tidak menyala. Menurut Arul, aduan ini akan disalurkan kepada TNB. Di taman permainan, kabel elektrik yang kemungkinan menjadi bahaya semasa hujan, saudara Arul cadangkan memasang satu fius dalam kabel untuk elakkan kejutan elektrik masa hujan. 
  • Wakil penduduk juga mengadu tentang lampu-lampu yang uzur di taman. Cadangan Bahagian Elektrik MPKj yang turut hadir ke mesyuarat ini adalah menukar dengan lampu-lampu baru secara berperingkat. Sebagai permulaan memasang 25 lampu baru di satu kawasan.  
  • Aduan-aduan lain adalah seperti longkang sentiasa sumbat, tiada garisan di jalan, rumah-rumah kosong di taman dengan semakan rumput, permintaan untuk letak speed limit dalam taman dan lain-lain lagi. 
Sebagai ahli majlis yang sentiasa melaksanakan tugasnya dengan sempurna, saudara Arul telah mencatatkan semua aduan dan akan salurkan di bahagian-bahagian tertentu.

No comments: