ShareThis

Tuesday, March 12, 2013

Aspirasi Wanita bagi PRU13 bersama Saudara Arul di DUN Semenyih

8 Mac 2013

Sempena hari wanita sedunia pada 8 Mac, PSM dan Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas) menganjurkan diskusi dengan wanita-wanita yang berpengalaman dalam perjuangan rakyat bersama wanita-wanita di peringkat akar umbi di Semenyih untuk mendapat tahu aspirasi wanita bagi PRU13. 
 
Saudari Rohana dari Parti Rakyat Malaysia (PRM), Kak Norlaila dari Gabungan Mansuhkan ISA dan Saudari Irene Xavier dari Sahabat wanita Selangor dijemput sebagai panellist istimewa bagi memberi latarbelakang perjuangan wanita di dunia dan apakah rintangan-rintangan yang dihadapi oleh wanita serta kejayaan yang dicapai oleh wanita pada zaman sekarang. 

Apakah sejarah hari wanita? Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia. 

Adakah hari wanita masih relevan hari ini? 

Dalam diskusi ini, beberapa isu seperti wanita masih menerima gaji yang rendah, diskriminasi di tempat kerja, gangguan seksual juga turut diutarakan oleh Saudari Irene Xavier dari Sahabat Wanita. Manakala, peranan wanita dalam politik hari ini serta peratus perwakilan wanita di politik masih rendah turut dibincang oleh Saudari Rohana. Sebagai seorang wanita, apakah cabaran yang telah dihadapi semasa suaminya ditahan di bawah ISA dihurai oleh Saudari Norlaila. 

Maka, input-input dari panelis terang menunjukkan perjuangan wanita ke atas ketidaksaksamaan masih relevan hari ini dan hari wanita ini menjadi satu platform untuk mengingatkan sejarah dan menguatkan semangat perjuangan ke atas segala kezaliaman yang berlaku.

Selepas ini, sesi di buka kepada para wanita akar umbi untuk mengutarakan aspirasi mereka bagi PRU13. Wanita perlu diberi lebih insentif untuk memulakan perniagaan, perlu ada unang-undang ketat bagi kegaganasan terhadap wanita, dan juga kemudahan awam di tempat tinggal seperti perkhidmatan bus awam dari tempat tinggal untuk wanita berulang alik ke sesuatu tempat dan ini adalah penting untuk wanita berdikari dan banyak lagi isu dibincang. 
 
Lelaki juga turut meluahkan isu hak wanita dalam diskusi ini. Apabila seorang rakan yang mengatakan wanita-wanita banyak berjuang untuk kemerdekaan di negara ini seperti Samsiah Fakeh, Suriani dan lain-lain tidak dipopularkan, sifat-sifat begitulah yang kita perlu tanamkan dalam diri wanita. 

Segala aspirasi wanita dicatitkan oleh Saudara Arul untuk mengambil inisiatif bagi melaksanakan aspirasi wanita di DUN Semenyih. Dalam akhir kata Saudara Arul juga menekankan pendirian PSM iaitu PSM akan terus mendidik rakyat bagi pendidikan gender. 


Sesi diskusi berjalan dengan semangat yang tinggi tertamanya di kalangan wanita yang hadir dan moga-moga semangat ini akan terus membara untuk membina dunia yang saksama.  






No comments: