ShareThis

Friday, March 29, 2013

Adakah undi orang India akan alih ke BN?

 28 Mac 2013, 8pm, Kuala Lumpur
 
PELANCARAN "SUPER HITS" LAGU TAMIL VCD 
"PRU13: CUKUP 56 TAHUN, TOLAK BN"

Ramai yang berkomen, undi orang India sudah dibeli; undi dijual hanya untuk wang dan KFC yang Najib beri; 10% undi orang India sudah goyang, ini akan menjejaskan di 55 kerusi secara keseluruhan dan banyak lagi komen. Adakah semua ini benar?

Saudara Segar yang merupakan penulis lyrik-lyrik lagu untuk perubahan yang mengeluarkan VCD ini mengatakan ia tidak betul. Sentimen di akar umbi adalah kuat untuk perubahan. 

Walaubagaimanapun, PRU belum diumumkan, Najib masih sedang berusaha kuat untuk semaksimum tipu muslihat dan menang. Maka, sebagai satu inisiatif Parti Sosialis Malaysia (PSM), kali ke-3 mengeluarkan produksi lagu di VCD yang membawa mesej kesusahan rakyat di bawah pemerintahan BN, dan menyeru rakyat, erutamanya masyarakat India undi tuntuk perubahan, Pakatan Rakyat dan PSM. 

 






Hari ini, 3 lagi progresif di keluarkan. Beberapa tetamu khas dijemput seperti Saudara Arumugam (Tamil Aravarium), En. Haji Tasleem (NIAT),  Saudari Saras (pemberita) dan turut dihadiri pimpinan PSM yang menjadi tuan rumah, saudara Dr.Nasir, saudara Arul, saudari Saras, dan saudara Sivarajan. 

 

Lagu-lagu yang hangat ini telah dilancar dan akan dipasarkan selepas ini untuk memperkasakan rakyat dan mempertahankan undi supaya tidak alih ke Barisan Nasional!

No comments: