ShareThis

Saturday, March 2, 2013

Membela 9 gerai terbakar di Semenyih

2 March 2013, Semenyih
Hari ini Sdr Arul mengadakan perjumpaan dengan mangsa gerai terbakar pada tahun 2010 di pejabatnya di Semenyih. Tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk menjelaskan apakah yang telah diusahakan sebelum ini memandangkan ada pihak dari parti lawan  yang cuba menuduh bahawa gerai tersebut tidak dibina kerana Ahli Majlis sudah terima rasuah. 
"Kalau ada seinci bukti rasuah pun dalam kes ini melibatkan saya, saya akan berundur diri".  Isu tanah adalah di bawah kuasa State dan kita telah mengambil pelbagai langkah dan kini kita menunggu keputusan YB Menteri Besar Selangor. Begitulah perbincangan di antara pihak penjaja dan Saudara Arutchelvan, ahli Majlis Zon 18 Semenyih yang juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengenai isu 9 peniaga-peniaga mangsa kebakaran Jalan Bangi Lama, Semenyih, Selangor.
Menurut Saudara Arul, ini adalah satu-satunya isu melibatkan tanah yang masih belum dapat diselesaikannya walaupun pelbagai tindakan telah diambil sejak 2 tahun ini.
20130302_153409
Latarbelakang
Pada 24 Jun 2010, 9 buah gerai di Jalan Bangi Lama Semenyih terbakar dan punca kebakaran masih belum dikenalpasti. Dimaklumkan bahawa 9 orang peniaga ini berniaga sejak lebih 15 tahun.
Dari awalnya, tanah tersebut bukan milik peniaga tetapi mereka telah usahakan di tanah tersebut untuk lebih satu dekad. Ada pemimpin MIC pula menyewa tapak gerai untuk keuntungan. Setelah 9 gerai kena bakar, MPKJ cuba berusaha untuk ambil tanah tersebut dari Pejabat tanah untuk membina balik gerai tetapi telah menghadapi pelbagai masalah dan situasi.
Tindakan-Tindakan Penjaja bersama Saudara Arutchelvan
  1. 1 July 2010: Saudara Arul telah menulis surat kepada Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat dan Pengarah Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta (JPPH) MPKj untuk mengenalpasti hakmilik tapak perniagaan tersebut.
  2. 22 July 2010: Arul menulis satu surat kepada YDP & Pengarah JPPH MPKj meminta satu mesyuarat dengan penjaja-penjaja terbabit.
  3. 14 Oct 2010: Mesyuarat tersebut berlangsung. Mesyuarat berjanji akan mengenalpasti hakmilik tapak dan bersetuju membina semula gerai-gerai di tapak tersebut pada kadar sewa yang berpatutan. 9 penjaja ini akan diberi keutamaan. Pihak MPKj diminta memohon tanah ini untuk tujuan bina gerai.
  4. 27 Oct 2010: pihak penjaja telah hantar satu Memorandum kepada Dato Menteri Besar Selangor meminta campurtangan untuk mendirikan semula gerai ditapak sama atau menyediakan tapak alternatif
  5. 10 Mac 2011: MPKj hantar surat kepada Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat memohon mengwartakan tapak gerai di Jalan Pekan Semenyih.
  6. 6 May 2011: dalam sesi perjumpaan dengan Dato Mentri Besar dengan penjaja terbabit di Dewan Orang Ramai Semenyih, dijanjikan masalah akan diselesaikan dalam jangka masa terdekat.
  7. Pejabat Tanah minta MPKj membekalkan konsep pembangunan serta rangka analisa pembangunan
  8. 9 Sept 2011: Saudara Arul menulis surat kepada YDP MPKj menyatakan kekecewaan beliau kerana janji untuk membina gerai masih belum diselesaikan.
  9. 12 Dec 2011: satu lagu surat Arul kepada YDP dan JPPH meminta status kes
  10. 27 Jan 2012: JPPH setuju untuk satu mesyuarat dengan pihak penjaja pada 3/2/2012
Cadangan Gerai Kerajaan Negeri Mengejutkan!
Dalam mesyuarat yang di adakan pada 3/2/2012, pihak Penjaja tidak setuju dengan cadangan gerai yang diberitahu MPKj kerana ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat pertama. Cadangan gerai baru ini merupakan cadangan dari Kerajaan Negeri kepada Pejabat Tanah. Dimana pihak swasta akan menjalankan projek ini melalui tender dan mereka akan menyewa kepada pihak ketiga.Hanya 6 gerai akan dibina dan semuanya gerai makanan walaupun perniagaan 9 penjaja terbabit – tukang gunting rambut, kedai jahitan, kedai baiki alatan elektrik, kedai pakaian dan kedai makanan.
Maka, pada 19 April 2012, penjaja-penjaja mangsa kebakaran ini telah menghantar satu memorandum kepada YAB Tan Sri Dato Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Pejabat YB telah meminta ulasan daripada YDP MPKj pada Julai 2012 dengan merujuk kepada surat dari pengerusi Jawatankuasa Mangsa Kebakaran Pemilik, En. Lim Khen Yeen.
Ulasan MPKj Bercanggah!
Tapak gerai yang diminta kurang sesuai kerana berhadapan dengan Jalan Besar Pekan Semenyih dan saiz tapak tidak mengizinkan serta masalah kebersihan! Tapak alternatif dicadangkan pula berhadapan Kampung Sentosa. Saudara Arul sungguh kecewa memandangkan banyak surat dan mesyuarat telah di adakan sebelum ini, kenapa isu ini tidak di bawa awal-awal lagi dan kenapa dalam mesyuarat pertama dipersetujui untuk membina semula gerai.
20130302_153453Maka pada 8 Jan 2013, beliau telah menghantar surat kepada YB Menteri Besar Selangor meminta campurtangan. Saudara Arul juga telah menyatakan rasa tidak puas hati dengan ulasan pihak MPKj. Termasuk isu kerbersihan kerana dalam 15 tahun penjaja-penjaja tersebut berniaga di tapak kebakaran tidak pernah mereka dikompaun MPKj kerana gagal menjaga kebersihan.
9 penjaja-penjaja mangsa kebakaran ini amat kecewa  kerana masalah mereka masih belum diselesaikan dan periuk nasi mereka terancam. Selaku seorang ahli Majlis, Saudara Arutchelvan yang sedang mencuba sedayaMBupaya untuk membantu 9 penjaja ini juga runsing namun dari mesyuarat hari ini nampaknya kedua-dua pihak bertekad untuk terus berusaha sehingga mendapat satu penyelesaian yang adil.
Akhirnya pada 6 februari 2013, YAB Menteri Besar telah meminta MPKJ menilai balik status tanah ini berdasarkan rayuan yang dibuat oleh Sdr Arul bertarikh 8 januari 2013. 
Kini kami amat mengharapkan YAB Menteri besar dan Kerajaan Negeri Selangor dapat segera membuat keputusan terbaik untuk membantu pekedai-pekedai kecil.
Letchimi 
News Desk PSM Semenyih

No comments: