ShareThis

Friday, February 15, 2013

Mesyuarat MPP Zon 18

Mesyuarat MPP Zon 18 yang kedua bagi tahun ini  telah diadakan seperti biasa di Pejabat Ahli Majlis MPP Zon 18, pada 15hb.Februari 2013 pada pukul 9 malam. Sdr. Arutchelan, selaku Pengerusi MPP Zon 18 telah mengalu-alukan kedatangan wakil-wakil MPP. 

 
Beliau turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Puan Khaironi bt.Idris dari Jabatan Penguatkuasa MPKj yang diundang khas untuk memberi taklimat tentang fungsi dan peranan jabatan Penguatkuasaan MPKj kepada wakil-wakil MPP.




Mesyuarat juga membincang beberapa isu dan masalah semasa seperti prestasi kontraktor-kontraktor yang tidak memuaskan dan aduan-aduan baru yang diungkitkan oleh para penduduk di kawasan MPP Zon 18. Sdr. Arul turut memberi maklumbalas berhubung aduan-aduan yang diutarakan semasa mesyuarat yang lepas serta mengambil aduan-aduan baru dari ahli-ahli MPP Zon 18.

No comments: