ShareThis

Sunday, February 3, 2013

Makkal Ponggal tahun ke 20 di Sungai Jelok

PSM Semenyih menjadi Tuan Rumah Ponggal rakyat (Makkal Ponggal) tahun ke 20 yang diadakan bersama   JK Penduduk dari kawasan sekitar Sungai Jelok.Program ini turut dijayakan dengan kehadiran Ahli Parlimen Hulu langat Dr. Che Rosli dan Ahli Majlis zon berkenaan Sdr Narayanan.

Program yang sederhana tetapi penuh bermakna ini mendapat sambutan dari penduduk kawasan sekitar. Sdr Arul semasa ucapan beliau mengatakan tentang keistimewaan Perayaan Ponggol selain daripada menyentuh isu akta gaji minima dan masalah mengenai rumah rakyat miskin yang dilelong.

Selain daripada memasak ponggal secara bersama, Turut diadakan pertandingan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.




No comments: