ShareThis

Friday, February 8, 2013

Ldg Denudin- 22 keluarga dapat rumah percuma


22 Keluarga Dapat Rumah Percuma: Ladang Denudin Semenyih

8hb.Februari 2013, Semenyih
Hari ini satu kejayaan bersejarah telah berlaku, 22 orang bekas pekerja Ladang Denudin akan mendapat rumah alternatif dan percuma  dari majikan mereka Inch Kenneth. Ini berikutan satu perjanjian telah dibuat antara pemilik Ladang Inch Kenneth dan seramai 22 orang bekas pekerja ladang pada hari ini pada pukul 10.30pagi di pejabat Sdr.Arutchelvan, Ahli Majlis MPKj Semenyih yang juga Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia @ PSM.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menurut penduduk Ladang Denudin, ladang Denudin wujud sejak 100 tahun yang lalu, 50 tahun di bawah penjajah dan 50 tahun lagi di bawah kapitalis tempatan. Pada tahun 1970an, ladang ini mempunyai lebih 300 keluarga, kini hanya 22 keluarga.

CAMPURTANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR: SELESAIKAN MASALAH PERUMAHAN BEKAS PEKERJA 
Perjanjian tersebut dibuat atas daya usaha Saudara Arul yang telah melibatkan diri dalam isu dan masalah pekerja ladang sejak dahulu lagi. Atas insiatif beliau, beberapa mesyuarat telah diadakan antara pemaju, pemilik dan ahli jawatankuasa pekerja ladang di pejabat beliau dan pejabat SUK Negeri Selangor. Saudara Arul merupakan ahli jawatankuasa ‘Task Force’ yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan masalah perumahan pekerja ladang di Negeri  Selangor.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kesemua 22 orang bekas pekerja Ladang Denudin telah menghadiri majlis menandatangani perjanjian ini yang turut dihadiri oleh En.Hussain Ahmad bin Abdul Kader (Group Chief Operating Officer),  mewakili pihak Inch Kenneth Public Limited Company
Saudara Arul, semasa menjelaskan isi kandungan perjanjian ini kepada bekas pekerja mengatakan pihak majikan bersetuju untuk tuntutan rumah alternatif percuma, tapak untuk kuil dan gereja.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Antara lain-lain perkara ialah pihak majikan akan merobohkan pejabat, balai asuhan kanak-kanak serta setor di ladang tersebut. Majikan juga berjanji akan menjaga keselamatan, kebajikan serta kesihatan penduduk disitu semasa pembangunan dikawasan tersebut sehingga perumahan mereka dilaksanakan.
Sdr. Arul juga memberitahu bahawa satu lagi draf perjanjian individu akan di sediakan dalam masa 3 bulan dimana perkara-perkara terperinci seperti pelan rumah dan hakmilik persendirian akan dipindahkan ke atas nama masing-masing.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
AJK pihak penduduk, Saudara Arumugam bila di temui berkata, ‘seluruh penduduk Ladang Denudin hari ini sungguh gembira kerana mendapat rumah alternatif percuma. Kami amat berterimakasih kepada Saudara Arul yang kami kenali sejak 1990 atas segala usaha beliau dan juga kepada kerajaan Pakatan yang prihatin dengan penduduk Ladang.’
OLYMPUS DIGITAL CAMERA









oleh
Rajan, PSM Semenyih

No comments: