ShareThis

Wednesday, January 23, 2013

PRU KE 13 - JAMUAN BERSAMA PARA PENYOKONG PSM



Hari ini, satu jamuan telah diadakan bersama para penyokong PSM. Seramai lebih kurang 50 penyokong telah dijemput ke jamuan ini. Jamuan ini diadakan untuk menerangkan bahawa PSM akan bertanding di PRU 13 di bawah logo TANGAN.  PSM akan bertanding di empat kawasan menggunakan logo sendiri. Para penyokong yang hadir telah memberi sokongan kepada PSM. Di jamuan ini juga telah dijelaskan mengenai hubungan PSM dengan Pakatan Rakyat.


Sdr. Arul memaklumkan bahawa ketika PRU 12, beliau telah bertanding menggunakan logo PKR kerana ketika itu, PSM masih belum didaftar. Maka, PSM telah meminjam logo PKR. Tetapi kini, selepas 10 tahun perjuangan PSM telah mendapat pendaftaran parti dan logo gengaman tangan akan digunakan ketika PRU 13. Beliau juga menerangkan bahawa kini, ramai orang menggunakan logo ini dan logo tangan semakin popular. Misalnya, ketika kebangkitan rakyat yang diadakan pada 12/1/2013, logo tangan telah digunakan oleh pelbagai pihak dan ia bukanlah sesuatu yang baru.



No comments: