ShareThis

Wednesday, January 30, 2013

Ceramah kelompok Kaum India di Pangsapuri Baiduri Kesuma Lake

Hari ini satu ceramah kelompok diadakan di Pangsapuri Baiduri, Taman Tasek Kesuma. Lebihkurang 35 orang hadir dan mereka diberikan penerangan mengenai PRU13 dan akta gaji minima.

Sdr Arul yang diperkenalkan sebagai calon PSM meminta mereka yang hadir untuk memastikan tidak undi dacing. Beliau juga meminta memberi peluang kepada PSM dan PR untuk menang. Beliau juga melahirkan rasa yakin bahawa walaupun diberitakan ramai orang India balik ke pangkuan BN tetapi ini adalah karut semata-mata.

Sdr Arul juga menerangkan isu Kuil Ladang Bangi dan kematian dalam tahanan Sukumaran.




No comments: