ShareThis

Saturday, October 13, 2012

Malam Solidariti Pekerja Ke-3

Hari ini, Dewan MPKj dibanjiri oleh lebih 100 pekerja kilang serta ahli-ahli kesatuan untuk turut memeriahkan Malam Solidariti Pekerja 2012. Malam Solidariti Pekerja ini dianjurkan oleh JERIT buat kali ke-3.


Meja pendaftaran oleh rakan rakan dari semenyih


 Tujuan utama penganjuran malam solidariti ini adalah untuk mengabungkan para pekerja di sekitar Kajang serta berkongsi isu-isu pekerja serta hak-hak mereka.



 Kebanyakan persembahan disampaikan oleh para pekerja sendiri. Kaum anak muda yang menggelar diri mereka sebagai artis tangga turut menyampaikan dua buah lagu.


 Drama yang disampaikan oleh Persatuan Sahabat Wanita bukan sahaja menghiburkan para hadirin tetamu mereka turut ketawa terbahak-bahak. Tetapi, yang pasti mempunyai mesej kepada para pekerja iaitu bagaimana majikan merasuah kerajaan untuk menghakis hak pekerja.



pemenang cabutan bertuah

Pengerusi Majlis - Sdr Theva dan Sdri. Aruna (penghibur terkenal ASTRO)

Malam Solidariti kali ini lebih meriah dengan kehadiran Sdr. Soloman, Setiausaha Agung kesatuan Bank (NUBE). Beliau berkongsi pengalaman kesatuan bank serta bagaimana ahli-ahli NUBE ditindas. Sdr. Azhar dari kesatuan elektronik turut hadir dan menyampaikan akan kekuatan kesatuan di sesuatu kilang.



 Majlis yang bermula jam 8.30mlm berakhir lebih kurang 11.00 malam. Para pekerja juga telah diberi kalendar 2013 yang mempunyai informasi mengenai pengimplementasian Gaji Minima yang dijangka akan dilaksanakan pada 1 Januari 2013.


Sdr. Indiran mempersembahkan tarian MJ
Sdr. Ganesan tidak kurang hebat dengan lagu klasiknya....

No comments: