ShareThis

Tuesday, July 24, 2012

Ladang Bangi Diserang Gangster!

Hari ini 24/7/2012, lebih kurang jam 9.oo pagi, Pemaju Ladang Trans Loyal Development Sdn Bhd. telah menggunakan khidmat gangster untuk meneruskan kerja-kerja penolakan pokok di Ladang Bangi. Menurut penduduk, lebih kurang lima belas gangster berada di kawasan lingkungan keselamatan “100 meter” dan pihak kontraktor meneruskan kerja –kerja penolakan. Walaupun telah dimaklumkan bahawa perbincangan sedang dijalankan di Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini berhubung isu perumahan ladang Bangi, namun, pihak pemaju dan kontraktor-kontraktor masih degil.

Pihak penduduk telah membuat laporan polis dan beberapa anggota polis dari Balai Bangi telah ke kawasan kejadian dan meminta kontraktor untuk hentikan kerja-kerja penolakan pokok. Namun, pihak kontraktor masih degil dan tidak mengendahkan arahan pihak polis.


Para penduduk yang amat marah dengan kerakusan pihak pemaju dan kontraktor telah berjaya menghentikan mesin yang beroperasi di kawasan ini. Para penduduk sedang menunggu pegawai polis atasan ke tempat kejadian.



Latar belakang ladang bangi

Ladang Bangi telah wujud untuk lebih seratus tahun dan kini generasi keempat menetap di ladang ini. Hari ini ada 25 orang bekas pekerja ladang yang masih menetap di ladang ini. Ladang ini telah tamat operasi pada tahun 2000. Sejak itu, rumah alternative tetap teres belum dibina. Pada tahun 2007, Pejabat Daerah Kajang bersama pihak Tuan Tanah telah mengadakan mesyuarat dengan wakil-wakil ladang dan berjanji untuk membina sebanyak 44 buah rumah dan sebuah kuil di Bangi untuk penduduk ladang tetapi sehingga hari ini, ia masih belum dilaksanakan.

Isu perumahan Ladang Bangi telah dibawah ke perhatian YB Xavier Jayakumar selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor. Perbincangan di antara pemaju, penduduk serta pihak SUK. Malah, pihak pemaju juga telah diberitahu untuk menghentikan kerja-kerja penolakan pokok di kawasan lingkungan keselamatan “100 meter”. Namun, pihak pemaju masih degil dan enggan menurut perintah.

Pihak pemaju telah menggunakan pelbagai taktik untuk meneruskan kerja-kerja penolakan pokok. Namun telah berjaya dihentikan. Kini, pihak pemaju menggunakan kaedah gangster untuk menakutkan para penduduk. Sebanyak lapan aduan polis telah dibuat terhadap pihak pemaju berhubung perkara ini.

No comments: