ShareThis

Friday, July 6, 2012

Bukit Jalil sehari sebelum berjumpa PM

Hari ini Jawatankuasa Bertindak Ladang Bukit Jalil mengumumkan bahawa YAB Perdana Menteri akan berjumpa dengan mereka pada 7hb. Julai 2012. Pihak dari Pejabat YAB Perdana Menteri tidak mahu Sr. Arul mengiringi mereka dan mahu perjumpaan tersebut dihadiri oleh 3 orang penduduk Ladang Bukit Jalil. Sdr. Arul mengatakan beliau akan menemani JK Bukit Jalil tetapi tidak akan menghadiri perjumpaan mereka dengan Perdana Menteri.

addresing the media during press conference

group photo taken after the press conference

Arul stressing a point during the Press conference

press conference called by Committtee Ladang bukit Jalil
Ini merupakan satu pertemuan penting dan penduduk berharap YAB Perdana Menteri dapat menyelesaikan masalah mereka. Pada tahun 1973, bapa Najib, Tun Abdul Razak ada melancarkan skim perumahan sendiri untuk pekerja ladang dan disebabkan ia tidak dijadikan undang-undang maka sehingga hari ini skim tersebut hanya dilaksanakan oleh kurang darpada 5 % syarikat perladangan. Sehingga ini kerajaan Persekutuan dan Najib sendiri masih belum setuju untuk memberikan 4 ekar tanah yang dituntut oleh masyarakat asal Ladang Bukit jalil yang sudah empat generasi hidup di ladang tersebut.

No comments: