ShareThis

Friday, June 22, 2012

Protes GAji Minima

Thursday, 14 June 2012

Hari ini, satu protes diadakan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) berhubung pelaksanaan gaji minima di Malaysia. Seperti diketahui umum, pada 30 April 2012, Perdarna Menteri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa gaji minima RM900 akan dilaksanakan untuk pekerja swasta. Namun demikian, pelbagai kekeliruan wujud berhubung pelaksaanaan ini. Misalnya, siapakah yang layak mendapat gaji minima? Adakah elaun tambahan yang diterima para pekerja akand dimasukkan dalam pengiraan gaji minima? Bilakah gaji minima akan dilaksanakan?

Justeru itu, Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT bersama para pekerja telah menyerahkan memorandum kepada pihak KSM dan meminta penjelasan berhubung perkara ini.

Di bawah adalah hasil perbincangan serta jawapan yang diberi oleh En. Kua Abun terhadap soalan-soalan yang dibawa oleh JERIT:
1. ADAKAH BENAR BAHAWA PEKERJA KONTRAK TIDAK AKAN MENDAPAT GAJI MINIMA ?

Tidak, semua pekerja akan diberi gaji minima. Jika majikan putarbelitkan, buat aduan terhadap majikan tersebut.

2. ADAKAH BENAR BAHAWA PEKEBUN, PEKERJA PEMBERSIHAN AWAM JUGA AKAN DINAFIKAN GAJI MINIMA ?

Semua yang bekerja di bawa seorang majikan akan diberi gaji minima, kecuali bekerja secara individu.

3. ADAKAH BENAR BAHAWA PEKERJA YANG BEKERJA UNTUK SUB-KONTRAKTER ATAU KONTRAKTER DINAFIKAN AKTA GAJI MINIMA ?

Tidak benar. Semua pekerja layak menerima gaji minima. Jika ditolak oleh majikan, maka lapor di Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.
4. ADAKAH BENAR, AKTA GAJI MINIMA YANG DIUMUMKAN SEKARANG TIDAK AKAN DIIMPLEMTASI DALAM MASA SETAHUN YANG AKAN DATANG DAN MUNGKIN AKAN MENGAMBIL LEBIH MASA DAN JUMLAHNYA MASIH BELUM MUKTAMAT?

Akan diimplimentaikan pada January 2013. Lanjutan hanya akan diberi kepada syarikat yang mempunyai 5 pekerja dan ke bawah. Kementerian juga akan keluarkan senarai syarikat yang mendapat lanjutan. Lanjutan hanya akan diberikan sehingga Julai 2013. Jika majikan mengalami kesusahan selepas itu, kerajaan akan membantu syarikat itu dalam melaksanakan gaji minima kepada pekerja-pekerja di syarikat-syarikat tersebut.

5. ADAKAH BENAR, MAJIKAN BOLEH MEMASUKKAN SEMUA FAEDAH EALAUN-ELAUN SELAIN GAJI ASAS SEBAGAI KOMPONEN DALAM GAJI MINIMA YANG BAKAL DILAKSANAKAN ?

Ini masih dalam perbincangan. Tiada apa-apa yang diputuskan lagi. Surat pekeliling yang dikeluarkan oleh MEF sekarang adalah tidak sah. Kementerian Sumber Manusia akan adakan mesyuarat triparti untuk memutuskan isu ini.

 
6. ADAKAH KERAJAAN SERIUS MENGIMLEMEMTASI AKTA GAJI MINIMA ATAU IA HANYA SEKADAR SATU GIMIK MENJELANG PRU13 ?

Kerajaan memang faham keperitaan rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan memang serius dalam laksanakan gaji minima. Gaji Minima ini juga akan direview 2 tahun sekali supaya gaji ini tidak menjadi stagnant.


Ini adalah jawapan dari Kementerian Sumber Manusia. Jerit juga menekankan bahawa Kementerian Sumber Manusia haru berpegang kepada janji mereka dan tidak memutarbelitkan perkara-perkara yang dibincang pada masa hadapan. Jika ia berlaku, kita akan hadir dengan lebih ramai pekerja.

No comments: