ShareThis

Friday, June 22, 2012

Ladang Denudin : Pacak Papan

Sunday, 17 June 2012


Hari ini, para penduduk ladang Denudin telah memacak papan "Dilarang Masuk 100 meter".


Papan tanda ini dipacak untuk memberi amaran kepada orang luar terutamanya pemaju ladang tersebut untuk masuk ke kawasan ladang serta membuat sebarang kerja-kerja seperti memeriksa tanah tanpa persetujuan para penduduk. Ladang ini telah dijual namun isu perumahan para penduduk masih belum selesai lagi.

 Sdr Ganesan dari ladang bangi turut hadir dan telah berkongsi pengalaman beliau ketika perjuangan ladang Breamer. Beliau turut menekankan bahawa penglibatan golongan belia adalah penting dalam perjuangan ini.
 Turut hadir untuk memberi sokongan solidariti adalah belia-belia dari ladang Bangi. Sdr Chandramohan telah berkongsi pengalaman ladang Bangi dan memaklumkan bahawa mereka akan memberi sokongan kepada perjuangan para penduduk.
 Golongan belia turut mengambil bahagian dalam perjuangan ibu bapa mereka.


No comments: