ShareThis

Tuesday, May 15, 2012

Soalan dari Sdr Arul dalam Mesyuarat JK Pengindahan Bandar



S.Arutchelvan
            Zon 18
            No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


15 Mei 2012                                                                            DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN  UNTUK  DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BAGI  MEI 2012

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1.         Taman Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 310 4130)
·            Sampah pukal MASIH tidak dikutip oleh kontraktor walaupun sudah diadu banyak kali. Laporan Pegawai MPKj dengan  Persatuan Penduduk sering bercanggah.
·            En.Norazlani mengadu bahawa kualiti kerja kontraktor baru di taman Pelangi Semenyih tidak mengalakan berbanding tahap kerja yang dibuat oleh kontraktor lama.Perlu Majlis menyiasat aduan ini.
·            Mohon dibersihkan semak samun di Jln 4/12 dan di Jln 4/1.
  
2.         Taman Tasik Semenyih (En.A.Rahim – 017 2497538)
·            Jalan 6/9 Taman Tasik Semenyih pokok –pokok yang tinggi melebihi kabel letrik,akar pokok tersebut telah memecahkan struktur longkang menyebabkan longkang pecah dan tersumbat.
·            Rumah – rumah kosong terbiar dengan semak samun didepan dan belakang rumah.
  
3.         Bandar Rinching
i.          Bdr.Rinching Sek 1 (En.Kamal 012-2423822)

·            En.Kamal meminta anjing-anjing liar ditangkap yang mengganggu anak-anak yang pergi ke sekolah Bdr.Rchg sek.1
·            Mohon potong pokok besar dan landskap yang teratur di kawasan simpang masuk sek.1,2 dan 4
·            Kabin usang di persimpangan masuk 1,2 dan 4 di beri notis oleh MPKj untuk dibaiki atau dibuang kerana tida digunakan

ii.         Bdr.Rinching Sek 2 (En.Halim – 019-2115669)

·            Longkang Longkang di Rumah Kos Rendah dan Sederhana Sek.2 tidak dikorek dan dibersihkan.
·            Sampah pukal tidak dikutip mengikut jadual dan tarikh

iii.        Bdr.Rinching Sek.3 (En.Rajarathnam-019 2097575)
·         Meminta iklan besar KPJ di hadapan jalan masuk di Bandar Rinching ditanggalkan kerana tiada lessen dan mencemar permandangan


4.         Taman Sri Tanjung (En.Karim -016-2432710)
·         Mohon Tanam pokok bunga di sepanjang jalan utama  masuk ke taman.
·         Minta kontarktor kutip sampah untuk menutup balik pintu tempat letak sampah di kawasan rumah dua tingkat.

5.           Pekan Semenyih
·         En.Norazlani juga meminta agar majlis perbandaran untuk memantau kawasan medan selera dekat Petronas dimana keadaan disitu tidak bersih dan sampah-sampah tidak dikutip dan dibersihkan.


Sekian Terima kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: