ShareThis

Thursday, May 31, 2012

PENDUDUK BKT JALIL OCCUPY PEJABAT PM

Wednesday, 30 May 2012

Hari ini, 41 keluarga dari Ladang Bukit Jalil telah hadir ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Tujuan mereka adalah untuk berjumpa dengan PM Najib Tun Razak dan mengutarakan isu perumahan mereka yang masih tidak selesai.





Para penduduk juga bertekad untuk tidak berganjak dari sini sehingga mendapat maklum balas dari pejabat PM. Malangnya, hari ini para penduduk sangat kecewa kerana mereka tidak mendapat sebarang maklum balas dari pejabat PM. Para penduduk menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat banner, mengedar risalah sementara menunggu dan di sebelah malam, vigil diadakan dan ceramah solidariti diadakan untuk memberi semangat kepada para penduduk. Penduduk bermalam di pejabat PM.

No comments: