ShareThis

Tuesday, May 22, 2012

AGM PSM Semenyih ke-5

Sunday, 20 May 2012

  
Hari ini, mesyuarat tahunan kelima PSM Semenyih telah berjaya diadakan. Seramai 43 orang termasuk pemerhati luar telah hadir bersama dan menjayakan AGM kali ini. Tahun ini tidak mempunyai pilihanraya, maka, ajk yang dipilih tahun lepas kekal jawatan mereka. Mesyuarat dimulakan dengan nyanyian lagu International.

Ahli-ahli menyanyikan lagu International dengan penuh semangat

Sdr. Ramalingam adalah pejuang ldg Sg. Rinching

Ini diikuti dengan ucapan Sdr. Ramalingam, Pengerusi PSM Semenyih. Walaupun tidak berapa sihat, Sdr. Ramalingam tetap hadir ke AGM dan telah memberikan ucapan yang bersemangat. Beliau mengatakan bahawa perjuangan harus diteruskan hingga perubahan tulen dicapai.


Acara diteruskan dengan ucapan Sdr. Arul, Setiausaha Agung PSM dan seterusnya sesi pembentangan laporan setiausaha oleh Sdr Rajan dan laporan bendahari oleh Sdr. Ganesan.





AGM menjadi lebih hangat apabila isu pilihanraya dibincangkan. Ahli-ahli serta pemerhati yang hadir ke AGM telah meluangkan serta berkongsi pandangan mereka mengenai pilihanraya.

No comments: