ShareThis

Tuesday, April 24, 2012

Penduduk Cameron serah 1,000 tandatangan bantah pembinaan Insinerator di Cameron Highland

Penyerahan Memorandum Suresh kepada wakil Kementerian Perumahan

 Ahli-ahli PSM Cameron memegang baner di luar Kementerian
Menyerahkan 1,000 tandatangan bantahan
Hari ini satu perwakilan dari Cameron Highland diketuai oleh Sdr Suresh - selaku SU PSM Cameron Highland telah menyerahkan 1,000 tandatangan dari rakyat Cameron yang membantah pembinaan insinerator di Cameron Highland. Penduduk meminta konsep zero waste diperkenalkan dan memandangkan 60% sampah di cameron adalah sampah organik maka ia boleh dikomposkan. Sdr Suresh juga meluahkan rasa marah kerana Pejabat Daerah enggan mengadakan dialog untuk menerangkan kepada rakyat mengenai cadangan Insinerator.

Turut bersama semasa penyerahan memorandum adalah sdr S.Arutchelvan - Setiausaha Agung PSM dan Sdr Soo Jin Hou dari Jawatankuasa Membantah Lynas.

No comments: