ADUAN
POLIS BANGI/000780/12
Tarikh : 23 April 2012
Aduan
terhadap :
1) Trans
Loyal Development Sdn. Bhd.
2) I
& P Group Sdn. Bhd.
3) Seriemas
Development Sdn. Bhd.
Aduan
dibuat Oleh : Masyarakat Ladang Bangi, Ladang bangi
ADUAN
DIBUAT KERANA :
1. Khuatir Proses pengusiran paksa penduduk Ladang Bangi dibuat
tanpa melalui proses mahkamah
2. Pencerobohan kawasan sekitar perumahan Masyarakat Ladang
Bangi yang boleh mengancam kehidupan, kesihatan dan kehormanian penduduk setempat
3. Ancaman Masalah Alam Sekitar seperti Hakisan,
tanah runtuh dan banjir
4. Khuatir pemaju membuat aduan polis
palsu dan memasang gangster
5. Pemaju sering bertukar tangan
Ladang Bangi
telah wujud untuk lebih seratus tahun
dan kini generasi keempat menetap di ladang ini. Hari ini ada 25 orang bekas pekerja ladang yang masih menetap di ladang
ini. Ladang ini telah tamat
operasi pada tahun 2000. Sejak itu, rumah alternative tetap teres belum dibina.
Pada tahun 2007, Pejabat Daerah Kajang bersama pihak Tuan Tanah telah mengadakan
mesyuarat dengan wakil-wakil ladang dan berjanji untuk membina sebanyak 44 buah
rumah dan sebuah kuil di Bangi untuk penduduk ladang tetapi sehingga hari ini,
ia masih belum dilaksanakan.
Pada 21/7/2009, YB Xavier Jayakumar selaku Exco kerajaan Negeri
Selangor yang bertanggungjawab isu perumahan ladang telah mengaturkan satu
perjumpaan dengan pihak pemaju dan Tuan Tanah. Dalam mesyuarat tersebut, En.
Faizal dari Sime Darby mengesahkan tentang tawaran perumahan kos rendah yang
dibuat pada tahun 2007. Dalam satu lagi mesyuarat di pejabat Exco pada 3/12/2009
yang dihadiri oleh Sime Darby dan NUPW, dimana Sime Darby telah berkata pemilik
tanah adalah INP anak syarikat PNB. Sime Darby hanya menguruskan sahaja. Semasa
satu lagi mesyuarat dengan Tuan ladang, pada 2/8/2010, pihak I & P terus
mengakui mereka adalah Tuan tanah yang sah dan tidak ada sebarang cadangan
untuk membangunkan kawasan perladangan ini.
Namun kekhutiran timbul apabila tanpa memberitahu Exco kerajaan,
pada 17-3-2010, pihak Pemaju Tetuan Trans Loyal Development Sdn. Bhd. Cuba
membangunkan tanah dengan memohon kebenaran merancang. Namun demikian, pihak
Pemaju diminta dalam mesyauarat OSC MPKj untuk menyelesaikan isu perumahan
Masyarakat Bangi dahulu.
Namun kami berasa cukup khuatir dan cemas apabila mengetahui semasa
mesyuarat Task Force Perladangan di SUK pada 13hb. April 2012 bahawa ladang ini
kini sudah dijual kepada Seriemas Development Sdn. Bhd. pada tahun lalu. Kami
juga difahamkan bahawa urusan permohonan ELB (Estate Land Board) sudahpun
selesai. Setahu pengetahuan kami, permohonan ELB ini masih belum diluluskan dan
andaikata jika ia telah diluluskan, kami ingin menegaskan bahawa ia telah
dibuat dengan cara penipuan dan penyelewengan fakta.
Pada 5hb. April 2012, pihak penduduk telah diberitahu oleh seorang kontracter Cina
bahawa semua pokok di Ladang Bangi akan ditebang dan ditolak. Daripada siasatan
penduduk, banyak pokok sudahpun ditebang dan ditolak dengan kadar yang amat
cepat. Penduduk kemudian telah membuat satu aduan polis pada 6hb. April 2012 di
Balai Bangi (Bangi/000678/12) dan juga memberitahu pekerja kontrakter untuk
tidak membuat kerja di kawasan berdekatan dengan perumahan penduduk kerana
khuatir ancaman hakisan dan sebagainya. Mereka juga meminta isu perumahan tetap
diselesaikan dahulu.
Pada 10hb. April 2012, Exco kerajaan Negeri sudah mengeluarkan
arahan kepada pemaju untuk menghentikan kerja-kerja tanah dan penolakan pokok. Namun
demikian, pihak pemaju dan kontrakter mereka enggan memberhentikan kerja. Pada
11hb. April 2012, Pemaju terus meneruskan kerja. Pada pagi itu, jam lebihkurang
10pagi, beberapa penduduk pergi berjumpa
pihak yang menolak tanah menunjukkan surat kerajaan negeri kepada
seorang wakil pemaju bernama Teoh. Teoh kemudian beredar tetapi dalam masa sedikit
masa pihak polis hadir dan mereka juga ditunjukkan surat yang sama.
Tetapi pada jam lebihkurang 1 tengahari, pemaju terus datang untuk
membuat kerja dan kali ini mereka dating diiringi oleh dua orang anggota polis dari
Bangi yang telah menyorok. Kami melihat tindakan pemaju datang bersama polis
adalah satu perkara yang merungsingkan. Mengapa polis harus datang menyorok
dengan pemaju dan tidak berpakaian seragam kecuali ini merupakan satu
perancangan bersama dengan pemaju. Selain itu, polis sudahpun ditunjukkan surat
daripada Kerajaan Negeri pemaju pada waktui pagi memberitahu arahan berhenti
kerja .
Selain daripada itu, wakil pemaju pula bercakap dengan amat kasar
sekali. Encik Teoh juga berkata ini adalah tanah dan ini semua adalah pokok
beliau.
Pada 12hb. April, Jawatankuasa kami dipanggil ke IPD Kajang ekoran
aduan yang dibuat oleh Teoh. Polis pada hari itu menyiasat aduan pemaju terhadap
kami.
Kami membuat aduan ini ekoran mesyuarat kami dan nasihat yang
diberikan oleh Encik Arutchelvan – Ahli Majlis Kajang dimana kami mahu pihak
polis atasan menyiasat aduan kami dan kami juga khuatir jika Pemaju akan
membuat aduan palsu terhadap penduduk atau menggunakan khidmat gangster untuk
meneruskan kerja-kerja tanah di kawasan berhampiran perumahan penduduk.
Pada 13hb. April 2012, seorang Pegawai dari
MPKJ telah melawat ladang kami dan memberitahu bahawa pihak MPKJ akan
mengenakan syarat untuk memastikan keselamatan penduduk tidak terancam. Dalam
satu mesyuarat dengan pihak Task Force perumahan ladang, kerajaan negeri
Selangor pada hari yang sama iaitu 13hb. April 2012 yang juga dihadiri oleh
pihak Pemaju Trans Loyal Development Sdn. Bhd, dan Seriemas Development Sdn.
Bhd., pihak Jk Task Force meminta mereka supaya tidak menjalankan lagi kerja
pembangunan sehingga satu mesyuarat diadakan dengan pihak MPKJ mengenai soal
keselamatan. Susulan itu, pihak Penduduk juga telah membuat satu aduan polis
pada hari yang sama BANGI/000722/12.
Kami membuat aduan polis ini sekali lagi
kerana kami masih mendapati bahawa pihak pemaju masih boleh menceroboh kawasan perumahan penduduk untuk
membuat ujian tanah dan sebagainya. Mereka seharusnya mendapat kebenaran pihak
JK penduduk jika hendak membuat sebarang kerja dikawasan berhampiran. Selain
itu, pihak Tuan Tanah pula sering bertukar tangan dan ini menimbulkan
kekeliruan dan kadangkala kerja dibuat oleh kontrakter upahan pemaju.
Harus juga difahami bahawa tempat perumahan
bekas pekerja ladang sekarang berada di kawasan lembah dan tanah rendah
berbanding dengan kawasan sekitarnya yang tanahnya lebih tinggi. Sebarang kerja
pembangunan di kawasan sekitar, pasti akan mengancam dan memudaratkan keselamatan
penduduk masyarakat ladang Bangi.
Kami juga membuat aduan polis ini kerana
pihak Pemaju cuba mengusir penduduk secara paksaaan tanpa melalui proses
perundangan adalah satu tindakan mencabul hak perundangan. Kami juga
menyifatkan kerja-kerja pembangunan Pemaju ini pada asalnya berniat untuk
mengusir kami tanpa melalui proses perundangan yang sah.
Kami mahu aduan kami disiasat oleh pihak
polis secara profesyenal dan bertanggungjawab.
Aduan dibuat Oleh Krishnan a/l Chendermaie, Pengerusi JK Bertindak
Ladang Bangi, Bangi, Kajang.
Aduan ditandatangani oleh 26 orang
No comments:
Post a Comment