ShareThis

Wednesday, March 21, 2012

PSM SAMAN KDN & IGP


PSM EO6 SAMAN MENTERI DALAM NEGERI (KDN) DAN IGP!

29 Julai 2011, 6 orang Pemimpin PSM iaitu Dr. Jeyakumar, M.Saraswathy, Choo Chon Kai, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Sarat Babu dibebaskan setelah disiksa dan ditahan tanpa bicara selama 28 hari dibawah Ordinan Darurat. Mereka pada asalnya ditahan untuk tuduhan liar ”mahu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung pada 25 Jun 2011 bersama 24 orang lain aktivis PSM. Antara tuduhan lain terhadap mereka adalah cuba menghidupkan semula PKM, ada hubungan dengan negara luar dan Pengerak Utama Bersih. Namun semua tuduhan ini akhirnya ditarik balik dan mereka dibebaskan tanpa syarat.

Sepanjang penahanan mereka, ribuan rakyat di dalam dan luar negara dari semua lapisan masyarakat menuntut mereka dibebaskan. Penahanan mereka adalah satu salahguna kuasa yang amat dashyat, anti demokratik dan konspirasi jahat. Sehubungan dengan itu PSM telah mengambil keputusan untuk menyaman Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

Peguam kami bersama EO6 dan penyokong akan memfailkan kes ini seperti butiran dibawah:

Tarikh : 13hb Februari 2012 (Isnin)

Tempat berkumpul : Lobi bawah, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur

Masa : 11.00 pagi

Oleh itu, kami amat sangat berharap pihak media akan hadir serta membuat liputan berkenaan isu ini. Dokumen pemfailan dan kenyataan penuh akan diserahkan pada media pada hari tersebut. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi 019-2537791/016-9008202.

Sekian Terima Kasih

arul signature softcopy

S. Arutchelvan

Setiausaha Agung PSM

No comments: