ShareThis

Sunday, September 4, 2011

Evaluasi PSM Semenyih yang ke -3 - PSM bertanding Guna LOGO SENDIRI !

4/9/2011

Hari PSM Semenyih telah mengadakan Evaluasi PSM Semenyih yang ke-3. Tahun ini sesi evaluasi hanya diadakan untuk satu hari sahaja dan diadakan di Pejabat PSM Semenyih di Bdr. Rinching.

Seramai 12 ahli yang mengambil bahagian dalam sesi Evaluasi ini, telah membincangkan mengenai kekuatan serta kelemahan yang perlu diatasi di Cawangan PSM Semenyih. Sesi evaluasi ini juga telah menampakkan ramai ahli semakin memahami serta sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan semata-mata untuk meneruskan perjuangan rakyat.

Satu perkara penting yang dibincangkan adalah mengenai pilihanraya PSM ke 13. Cawangan PSM Semenyih secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PSM bertanding di pilihanraya ke 13 dengan logo sendiri.

Selain itu, PSM Semenyih juga telah merancang aktiviti-aktiviti untuk dijalankan dalam satu tahun yang akan datang. Antaranya adalah Malam Salam Perjuangan PSM, Sambutan Hari Habitat, dan lain-lain.

Malah, PSM Semenyih juga telah berazam untuk memantapkan lagi keahlian dalam satu tahun akan datang. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk mengaktifkan ahli-ahli yang kurang aktif serta sesi ideologi untuk memperkasakan fahaman serta perjuangan rakyat!

No comments: