ShareThis

Monday, August 29, 2011

Selamat hari Raya



MESEJ HARI RAYA AIDIL FITRI dari Arul

Tahun ini hari raya datang bersama dengan hari kemerdekaan negara. Ini juga bermaksud cuti panjang untuk warga Malaysia yang memang telah banyak berkorban untuk negara dan tanahair. Semoga cuti yang panjang ini diguna untuk bersama dengan keluarga tercinta bersama sahabat dan kawan-kawan.

Setiap hari perayaan, kita juga diingatkan tentang kemalangan jalanraya, justeru itu berjagalah. Selain itu, makan-makan perlu berjaga juga memandangkan tahap kesihatan kebanyakan rakyat Malaysia tidak begitu memuaskan dan ini dikaitkan dengan corak permakanan dan gaya hidup rakyat negara yang kurang sempurna.

Dalam suasana kita merayakan Hari Raya dan ulangtahun kemerdekaan, kita harus berterimakasih kepada kaum pekerja dan kaum tani yang telah banyak menyumbang dari segi mengeluarkan makanan dan bahan-bahan untuk keperluan harian kita. Pengorbanan mereka harus kita balas bukan dengan hanya memberikan duit raya atau hamper raya. Kehidupan mereka dan keluarga mereka akan lebih berkualiti jika mereka mendapat gaji minima yang adil dan cukup, selain daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang baik dari kerajaan yang telus dan tidak boros. Subsidi untuk golongan berpendapatan rendah juga mesti diteruskan.

Akhirkata, semoga kita berehat dan kembali bertenaga selepas cuti raya merdeka ini. Sekali lagi, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dengan ucapan Maaf Zahir dan Batin..


Hidup Rakyat !

S.Arutchelvan

Parti Sosialis Malaysia @ Ahli Majlis MPKJ

No comments: