S.Arutchelvan
	Zon 18
	No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching, 
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791
16 Ogos 2011   						DENGAN TANGAN
Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)
ADUAN  UNTUK  DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ -  OGOS 2011
Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
i) 	Bandar Rinching 
Bdr.Rinching Sek 1&2(En.Kamal 017-6433497)
•	Jalan Taman Sek.1 & 2 banyak berlubang-lubang perlu diturap.
•	Lorong-lorong tikus sepanjang jalan utama ke taman perlu disekat dan yang sedia ada perlu dirobohkan.
Bdr.Rinching Sek.4 (En.Subramaniam – 012- 610 1863)
•	Jalan di 4/1 & 4/3 rosak perlu dibaiki
•	Minta bonggol di jalan 4/6,4/13,4/7 dan 4/4.
ii. Taman Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 810 4130)
•	sebanyak 6 tiang lampu tidak menyala di taman permainan jln TPS 4/5(aduan lama)
•	saluran pepentung tersumbat di rumah no 27,jln 4/5 
iii. Kampung Sentosa (En.Khairuddin – 0193939204)
•	melebarkan Jalan Bunga Raya 6,Kpg Sentosa
•	taman permainan dinaikkan taraf kepada gelanggang Futsal
•	longkang masih tersumbat dan menyebabkan banjir kilat .   
iv.Taman Tasik Semenyih ( En.Ahmad Wasfi – 013 -6790496)
•	mohon papantanda Taman Tasik Semenyih dipasang di jalan utama persimpangan masuk       ke Taman Tasik Semenyih dan Broga.
•	Mohon lampu limpah untuk kegunaan court badminton di Jalan 6.
v.Taman Manickavasagam.(En.Surenthiran- 016 3152696)
•	jalan 5 banyak rosak
•	longkang pecah dan runtuh di jalan 1 disekeling dan tepi rumah.
•	Mohon gelanggang futsal
•	Minta buat bonggol di jalan utama manickavasagam,jalan 1,2.4 dan 59seperti di lakaran).
vi. Taman Damai Indah,Kajang.(En.Sarawenan-016-3659337)
•	longkang di belakang rumah di no.37.jalan Damai Indah,jiran telah buat sekatan dan menyebabkan air tertakung dan tidak dapat mengalir menyebabkan bau busuk dan lalat.
  Vii .Pangsapuri Baiduri,Bandar Kesuma (En.Sivan-017-2104297)
      
•	mohon bonggol di jalan masuk ke blok X
•	longkang di blok X ditimbus tanah
•	jalan belakang blok X tiada lampu
Sekian Terima Kasih
Yang benar
S.Arutchelvan
Ahli Majlis
 
 
No comments:
Post a Comment