ShareThis

Monday, June 20, 2011

Kempen Udahlah...bersaralah PSM bermula 24-26 Jun 2011



PSM LANCAR KEMPEN
Udahlah...Bersaralah 24 – 26 Jun 2011 (Fasa 1)

Parti Sosilis Malaysia (PSM) akan melancarkan kempen Udahlah...Bersaralah Fasa 1
iaitu satu kempen kesedaran Nasional untuk meminta rakyat membuat perubahan berani untuk membawa perubahan dalam pilihanraya nanti. Selain itu, PSM akan turut meminta rakyat menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 menuntut pilihanraya bersih dan demokratik.

Kempen Udahlah...Bersaralah mendedahkan Amalan Rasuah Semakin Parah, Jurang kaya dan miskin semakin Besar!, Ketegangan Kaum semakin Hebat!, Demokrasi di Malaysia semakin TENAT!

Dan Jika BN Menang PRU-13, GST akan di laksanakan, Hak-Milik Awam akan Hancur, Hak-Milik Persendirian akan terus Makmur!, polisi perkauman bermaharalela dan
kaum marhaen dan rakyat akan merana!

Kempen Fasa 1 Udahlah...Bersaralah akan melihat kempen bermula di dua puncak iaitu di Perlis dan juga di Johor dan kempen dari Utara akan menjelajahi beberapa kawasan luar bandar dan pekan menuju ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan berakhir di Sungai Siput manakala pada masa yang sama – satu lagi kempen menjelajah dari Selatan melalui Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan berakhir di Kota Damansara, Selangor. Kempen ini juga akan melibatkan kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat, kumpulan Masyarakat dan Jawatankuasa NGO.

Kempen Fasa Ke 2 pula akan meliputi kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Butir-butir kempen Fasa 1 adalah seperti berikut :

Tarikh kempen – 24 -26 Jun 2011 (3 hari )
Akan meliputi – Kawasan luar bandar, pekan dan ladang hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia. (lebih menumpu kepada kawasan dibawah BN)

Konsep :
• Konsep Whiste-Stop dengan menggunakan bas kempen dan peserta yang akan melalui beberapa destinasi penting selama 3 hari
• Risalah akan diedarkan dan poster dinaikkan sepanjang perjalanan bas tersebut. Risalah akan memfokus pemerintahan 53 tahun BN dan mengapa rakyat perlu meminta BN bersara dalam PRU ke 13 dan apakah mala petaka yang akan melanda sekiranya BN menang PRU 13
• Dua bas akan bergerak serentak-satu meliputi kawasan utara Semenanjung dan satu kawasan selatan
• Ceramah kelompok dan Umum akan diadakan pada waktu malam setiap hari sepanjang program ini
• Sidang akhbar juga akan diadakan untuk memberikan update dari masa kesemasa



Masa Untuk Perubahan!

Kalau rakyat marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kukubesi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil untuk rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita.
Cukup 54 tahun kita menderita dibawah pemerintahan satu parti . Masa untuk
Perubahan.

Udahlah... bersaralah adalah satu kempen rakyat Malaysia menuntut perubahan
politik. Jom kita fikirkan. Kuasa di tangan anda. Jangan gadaikan harapan anak cucu
anda ditangan rejim yang korup dan tidak demokratik…

Udahlah...Bersaralah..........cukup 54 tahun

Dikeluarkan Oleh

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
PSM

019-2537791

No comments: