ShareThis

Thursday, June 9, 2011

9-6-11 Penduduk PJS1 ke SUHAKAM






Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E, mengecam tindakan pihak pemaju dengan bantuan polis dan samseng yang merobohkan 2 rumah panjang di PJS 1 dan menjalankan pengusiran paksa walaupun telah dihalang oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Hak Perumahan adalah hak asas setiap manusia dan rakyat Malaysia . Justeru itu pihak Jawatankuasa telah menyampaikan aduan memorandum terhadap pencabulan hak perumahan kami kepada Suhakam pada hari ini.

Turut hadir adalah Sdr Sivarajan - Bendahari PSM dan saya sendiri. SUHAKAM berjanji akan cuba menyiasat kes ini dan ambil tindakan sewajarnya.

No comments: