ShareThis

Thursday, June 16, 2011

16-6-11 mengutarakan 6 soalan dalam Mesyuarat pengindahan bandar

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791


16 Jun 2011 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat dan Kesihatan)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN BANDAR BAGI JUN 2011

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

1. Pelangi Semenyih (En.Nor Azlani – 012 810 4130)
• tiada kutipan sampah pukal dijalankan
• tiada pembersihan longkang ditaman perumahan (depan dan belakang)
• mohon penanaman pokok berpagar disepanjang jalan persiaran masuk fasa 6 & 7
• memohon 5 buah tong sampah di Taman Permainan jalan 4/5, fasa 7
• Tiada jadual kutipan sampah ditaman permainan

2. Taman Tasik Semenyih (Dr.Thanasegaran 012- 2550529)

• longkang di Jalan 4/6 sumbat teruk –bila hujan air masuk ke rumah no.6 dan no.8.
• Apakah kedudukan peruntukkan Rm10,000.00 yang dimenangi oleh TTS bagi hadiah kedua Kejiranan – Penduduk meminta hadiah dalam bentuk penanaman pokok seperti yang dijanjikan oleh MPKj.
• -Meminta lampu dari Majlis kerana lampu yang dibekalkan oleh pemaju tidak terang.

3. Bandar Rinching
Bdr.Rinching Sek.1 & 2 (En.Kamal Zakariah – 017 6433497)
 Banyak Papantanda yang rosak dan buruk perlu ditanggalkan dan dibuang.


Bdr.Rinching Sek.4 (En.Walid 019- 3506574/En.Subramaniam – 012- 610 1863)

 Sampah pukal tidak dikutip.(dahan-dahan pokok,tilam dan perabut)
 Pokok di jalan 4/4 dan 4/5 perlu dicantas/trim
 Padang di taman permainan perlu dibaiki (becak)

4. Taman Sri Tanjung (En.Karim – 016 2432710)

• Longkang di kedai runcit Fasa 1 tersumbat
• Sampah di kedai runcit fasa 1 tidak diurus dengan baik
• Kedai bengkel kereta di jalan masuk ke taman mencemarkan kerana meletakkan kereta-kereta buruk.
• Pokok ditaman permainan di flat fasa 2 diminta dicantas.

5. Kampung Sireh (En.Chandra Segar -016 3035558)
• Tiada pemotong rumput di kampong
• kutipan sampah di kampong sirih tidak mengikut jadual
• terdapat banyak semak samun dikawasan lot terbiar minta dibersihkan. Lot-lot adalah 668*667*662*661*633*634*635*636*639*640*641*645*646*647*648*632*631*630*629*627*626*624*621*620*618*660*659*656*655*654*653*652*651*650*649*598*599*600*601*607*608*612*614*615*616*596*595*594*593*591*584*583*580*679*578*577*576*575*569*568*567*564*562*553

6. Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasek Kesuma (0196312429)

• Taman permainan rosak di taman permainan kanak-kanak di pangsapuri baiduri, bandar tasik kesuma (sila rujuk lampiram )


Sekian didahului dengan ucapan Terima kasih Yang benar,


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: