ShareThis

Thursday, May 12, 2011

8-5-11 Mesyuarat Flat Semenyih mahu bawa isu flat ke perhatian Exco Negeri Selangor





Hari ini Mesyuarat Ke-2 Jawatankuasa Flats Kos Rendah DUN Semenyih telah berlangsung di Balai Penghulu Semenyih. Ia dihadiri oleh puluhan orang dari beberapa buah pangsapuri kos rendah di DUN Semenyih.

Antara pangsapuri yang hadir adalah dari Bangi Jaya, Taman Semenyih Indah, Taman Sri Tanjung, Taman Sri Mawar 2, Seri Suria Sunway Semenyih, Sri Haneco dan Taman Sentosa Sg. Jeluk.

Antara isu pokok yang dibincang adalah mengenai Resolusi Forum Pangsapuri Kos Rendah DUN Semenyih dan semua wakil pangsapuri rata-rata merasakan mereka adalah mangsa dan mahu mengutarakan isu mereka ke peringkat negeri Selangor, Antara keputusan yang dibuat adalah menjemput YB Iskandar (EXCO Kerjaan Negeri Selangor) dan mengadakan dialog bersama penghuni rumah flats. Selain itu beberapa cadangan seperti elaun untuk Pengerusi JMB boleh dimasukkan dalam resolusi ini.

Selain itu, isu-isu lain yang dibincang adalah Isu RDF masalah bau dan kutipan samapah tidak ikut jadual

No comments: