ShareThis

Monday, May 23, 2011

15 Mei - Ramalingam dan Rajen sekali lagi diberi kepercayaan memimpin cawangan Semenyih





Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Semenyih tahun ini walaupun memperlihatkan pertandingan untuk semua kerusi tetapi semua penyandang utama Cawangan berjaya mengekalkan kerusi masing-masing. Keputusan Pilihanraya yang dikendalikan oleh Cawangan kajang mengumumkan bahawa T.Ramalingam -pejuang ladang Sungai Rinching kekal Pengerusi manakala Setiausaha cawangan yang sentiasa gigih dan aktif Pop Rajan mengekalkan jawatan Setiausaha Cawangan. Pertandingan juga meletakkan Uma Devi sebgai Naib Pengerusi yang baru mengantikan Menaga.

Selain itu cawangan Semenyih juga mengusulkan parti membuka mesin cetakan sendiri untuk membuat kerja cetakan dan keutamaan diberikan dalam mempromosi pejuang kiri tanahair. Sebelum itu, Sdr S.Arutchelvan merasmikan Mesyuarat tahunan ini.

No comments: