ShareThis

Monday, April 11, 2011

7-4-2011 Wakil MPKJ utarakan hasrat ambilalih sebahagian penyelenggaran flat kos rendah

Hari ini tujuh orang Ahli Majlis MPKJ termasuk saya dengan Bahagian kewangan MPKJ dan Pesuruhanjaya bangunan membuat pertemuan dengan wakil Exco kerajaan Negeri Sdr Iskandar. Sdr Kamurazaman membuat pertemuan lebihkurang sejam membincangkan hasrat MPKJ hendak mengambilalih penyelenggaran flat kos rendah. Ini adalah disebabkan bahawa adalah satu diskriminasi jika masyarakat flat yang berpendapatan rendah terpaksa membuat bayaran penyenggaran dan bayaran cukai pintu MPKJ manakala rumah teres mempunyai kos yang jauh lebih rendah.

Jika ini dapat dilaksanakan, MPKJ Kajang memjadi MPKJ pertama membuat langkah ini yang sudah pasti membawa manfaat kepada masyarakat pangsapuri kos rendah kerana beban mereka akan sedikit sebanyak dapat dikurangkan. MPKJ Kajang bercadang melaksanakan ide ini pada 1hb. Jun 2011.

No comments: