ShareThis

Monday, April 11, 2011

10-4-2011 PSM buka cawangan baru di Tanjung Malim













Hari ini, PSM melancarkan cawangan baru parti di Tanjung Malim. Keseluruhan jalan menuju ke tempat pelancaran dihiasi dengan bendera logo gengaman tangan PSM. Program ini dihadiri oleh ahli PSM Tanjung Malim, kawasan-kawasan perjuangan PSM disekitar Tanjung Malim dan wakil-wakil parti pakatan Rakyat di kawasan Tanjung Malim. Pucuk pimpinan PSM terus meriakan sambutan pembukaan cawangan dan pejabat khidmat rakyat PSM ini. Ucapan diberikan oleh semua Pemimpin kanan PSM. Perasmian dibuat oleh Dr. Nasir Hashim - Pengerusi PSM. Kemudian cawangan-cawangan parti memberikan cenderamata kepada cawangan Tanjung Malim. Sdr Remy sebagai Pengerusi PSM Tanjung Malim juga memberikan ucapan. Turut berucap Ketua PR Tanjung malim - Mejar Kamal Badri yang berkata penubuhan PSM sesuai memandangkan kolej Melayu Tanjung Malim dulu pernah melahirkan ramai pejuang kiri tanahair. Sdr. Sivarajan- Bendahari PSM mengajak orang ramai menyertai PSM kerana PSM membawa satu politik baru di Malaysia dan memeprkasakan perjuangan PR ke satu tahap yang lebih tinggi.

No comments: