ShareThis
Thursday, March 10, 2011
9-3-11 SUHAKAM desak DBKL jangan roboh rumah tanpa rundingan selesai
Pesuruhanjaya Suhakam Encik Muhammad Shaani Abdullah meminta DBKL berunding dan minta polis tidak libatkan diri dalam operasi perobohan. SUHAKAM juga akan turun untuk memantau pada 15 Mac dan menggesa pihak polis berlaku adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
PENYERAHAN MEMORANDUM:
HENTIKAN PENGUSIRAN PAKSA DI LADANG BUKIT JALIL DARI JAWATANKUASA SOKONGAN MASYARAKAT LADANG DI BAWAH NAUNGAN JARINGAN RAKYAT TERTINDAS (JERIT)
JERIT MENUNTUT SUHAKAM SEGERA CAMPURTANGAN: HENTIKAN PENGUSIRAN SECARA PAKSA & MENJAMIN HAK PERUMAHAN PENDUDUK LADANG BUKIT JALIL
Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) di bawah Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) yang ditubuhkan pada Mac 2002 adalah satu gabungan kumpulan masyarakat yang memperjuangkan hak pekerja ladang serta hak perumahan dan tanah bagi golongan berpendapatan rendah yang menghadapi pengusiran paksa dan tidak mampu memiliki rumah yang selesa untuk keluarga mereka.
A. LATAR BELAKANG
· 1940 : Ladang ini dipercayai diwujudkan
· 1957: Semasa negara kita merdeka, Ladang Bukit Jalil sudah pun wujud. Tuan ladang adalah Kinrara Estate Group Sdn Bhd yang juga membangunkan Ladang Kinrara yang bersebelahan dengan Ladang Bukit Jalil.
· 1976: Kesatuan Sekerja NUPW menuntut Kinrara Estate Group Sdn. Bhd untuk memberi tanah untuk membina rumah untuk pekerja dibawah Skim Perumahan Sendiri Tun Razak. Tuntutan untuk membina rumah teres di tanah sedia ada telah dibuat banyak kali.
· 1980: Kerajaan (Kementerian Wilayah Persekutuan) telah mengambil alih pengurusan ladang daripada Kinrara Estate Group menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Semasa Kerajaan ambil alih dari Tuan ladang, diharap rumah dibina tetapi ini tidak dibuat. Kerajaan terus memeras saki baki buruh pekerja ini untuk menoreh getah dengan guna Kontraktor. Lebih 7 kontraktor datang dan pergi, peluh diperas tetapi yang lebih teruk adalah Kontraktor Kerajaan tidak bayar EPF dan Socso.
· 1988: Pada bulan September, Menteri Wilayah Persekutuan berjanji bahawa bekas pekerja ladang boleh tinggal dirumah ladang sehingga perumahan kos rendah dibina di kawasan ini. Malah Ladang bersebelahan, Ladang Kinrara yang berhenti operasi pada tahun 1983, telah dibina rumah teres pada tahun 1992. Mengapa Ladang Bukit Jalil yang diambilalih oleh kerajaan tidak mahu bina rumah teres untuk pekerja ini di tanah mereka?
· Lebih menghina adalah pada tahun 2007, bekas pekerja Ladang ini dilabel sebagai setinggan dan Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan yang zalim diberikan kepada penduduk. Penduduk dipaksa mengosongkan tanah dan pindah ke flats PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang berdekatan dimana kecil dan tidak selesa.
B) NOTIS PENGUSIRAN PAKSA DI BUKIT JALIL
Pada 23 Feb 2011, pertemuan penduduk bersama Menteri Wilayah Persekutuan YB Raja Nong Chik, Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Datuk Saravanan telah diadakan. Namun dalam pertemuan itu, dapat membuat kata putus kerana pihak kerajaan tidak mahu berunding lagi! Kerajaan paksa ambil pampasan yang diberi dan kosongkan rumah. TETAPI Penduduk tidak setuju dengan pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan (LAMPIRAN 1).
Selepas pertemuan itu, 1 Mac 2011, penduduk telah menerima satu “Notis Pemberitahuan Supaya Berpindah dan Mengosongkan Tapak Terhadap Penduduk Kampong Ladang Bukit Jalil, Kuala Lumpur” (LAMPIRAN 2) yang meminta penduduk bekas pekerja ladang yang masih menetap di ladang Bukit Jalil untuk berpindah ke rumah PPR Muhibah yang disediakan oleh DBKL sebelum 14 March 2011 dan operasi perobohan akan berlaku pada 15hb Mac 2011.
Notis yang dihantar tidak mengatakan sebarang akta atau undang-undang yang digunapakai untuk mengusir kami dan justeru itu, notis yang diserahkan lepada penduduk adalah CACAT dan pihak polis tidak seharusnya membantu pihak DBKL jika DBKL masih berdegil untuk melaksanakan satu pengusiran paksa dan haram.
Pengusiran paksa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dengan meggunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah BERTENTANGAN dengan Deklarasi Habitat Agenda 1992, Agenda 21 dan United Nations Resolution on forced Evictions 1993[1], yang ditantangani oleh kerajaan sendiri kerana:
a) Kerajaan langsung tidak melibatkan penduduk ladang Bukit Jalil dalam apa jua proses konsultasi mengenai pembangunan tanah yang mereka duduki
b) Hak equiti penduduk ladang atas tanah tersebut dinafikan langsung . Bekas pekerja ladang tidak ditawarkan tanah tersebut
c) Tiada inisiatif langsung untuk mengadakan satu perundingan yang sebenar dengan bekas pekerja ladang
d) Penduduk di arah pindah tanpa persetujuan mereka. Jika mereka enggan, kekerasan digunakan,rumah diroboh, barangan dicampak keluar, penduduk ditahan polis .
Persoalannya mengapakah rakyat miskin ini diusir keluar dengan kejam tanpa menjalankan rundingan atau dialog seperti yang dipersetujui dalam agenda 21 sehingga masalah diselesaikan secara aman?
C) HUJAH KERAJAAN VS HUJAH PENDUDUK
Dalam media, Menteri Wilayah persekutuan, Menteri Sumber Manusia dan Datuk Bandar mengatakan bahawa tawaran yang diberikan kepada bekas pekerja Ladang ini adalah yang terbaik. Mereka mengatakan Pekerja Ladang degil dan tidak mahu menerima pampasan. Berikut adalah hujah kerajaan dan hujah penduduk.
Dengan pampasan tidak boleh dapat rumah percuma? Malah ramai pekerja di ladang lain seperti Ladang Braemar, Ladang Klebang, Ladang Bukit Tinggi, Ladang Sg,. Rasah telah mendapat tawaran jauh lebih baik dimana pekerja ladang mendapat rumah teres atau tanah percuma.
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan sendiri mengakui bahawa dari 71 orang yang pindah ke flat hanya 10 orang adalah bekas pekerja ladang, yang lain adalah ”setinggan”.Manakala 39 yang masih menetap di ladang adalah bekas pekerja ladang. Maka majoriti masih tinggal di ladang!
Asal keluasan Ladang Bukit Jalil adalah 1,800 ekar tetapi hari ini hanya tinggal 26 ekar setelah dibina Kompleks Stadium Bukit Jalil, Stesen LRT dan tempat tahanan reman. Sekarang penduduk hanya menuntut 4 ekar dari 26 ekar untuk membina rumah. Mengapa mereka yang paling lama tinggal di sini tiada hak untuk dapat 4 ekar tanah tersebut?
Tetapi Menteri Sumber Manusia sendiri mengakui ini adalah wang pampasan kerana kegagalan kontraktor kerajaan bayar EPF, SOSCO dan tunggakkan gaji semasa mengurus ladang.
Maka, dengan jelas kita dapat melihat sendiri bahawa hujah-hujah kerajaan adalah langsung tidak bertanggungjawab dan mereka tidak mahu mengadakan perundingan rakyat kerana mereka yang degil dan tidak menghormati sumbangan pekerja ladang bukit jalil seperti penduduk ladang yang lain dalam pembangunan negara.
D) PENYALAHGUNAAN UNDANG-UNDANG
Walaupun dalam notis terkini kerajaan tidak menyatakan undang-undang yang akan digunakan keatas penduduk, namun selalunya kerajaan akan menggunakn beberapa undang-undang yang zalim untuk melakukan pengusiran paksa.
Dalam melaksanakan pengusiran paksa di Malaysia kerajaan menyalahgunakan undang-undang.
i. Akta Darurat 1969 (Pembersihan Setinggan)
Ini adalah satu akta yang telah digunakan semasa darurat 1969 (rusuhan perkauman) untuk menyusun kembali perumahan penduduk selaras dengan inisiatif mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum .
Kini, keadaan cemas Darurat tidak wujud , tetapi undang –undang ini membolehkan pihak pengkuatkuasa bersama polis dan FRU mengepung seluruh kampung itu , merobohkan rumah dan menahan sesiapa yang mempertahankan kampung halaman mereka ! Dengan Akta, ini membolehkan suatu operasi yang sungguh kejam dan ’violent’
E) REKOMENDASI JAWATANKUASA SOKONGAN MASYARAKAT LADANG, JERIT
A. Rekomendasi SUHAKAM dalam Seminar “Adequate housing: A Human right”
Oleh kerana hak perumahan adalah hak asasi manusia dan isu perumahan telah menjadi agenda utama rakyat Malaysia, malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam laporannya pada tahun 2003, telah menggariskan beberapa rekomendasi untuk perumahan yang selesa kepada rakyat Malaysia. Pihak kami mengalu-alukan agar cadangan-cadangan berikut di implementasi:
1 Expedite the formulation of the comprehensive national housing policy
2 Develop a set of hosing indicators to effectively monitor the progressive realization of the human right to adequate housing and goal 7 of the millennium development goal on housing
3 Enhance the collaboration between development and human rights practitioners in the area of housing rights
4 Intensify awareness campaigns to educate the public on housing rights issues.
5 Enhance the monitoring and enforcement of housing laws to ensure that the rights of house buyers are protected.
6 Establish a specific helpdesk within the ministry of housing and local government to address complaints in relation to housing by disadvantaged groups.
ii) Tuntutan JSML, JERIT.
i. Segera campurtangan dalam soal ini dan memberikan tekanan kepada pihak DBKL dan pihak kerajaan untuk segera menghentikan hasrat untuk melakukan pengusiran paksa di ladang Bukit Jalil.
ii. Mendesak DBKL untuk mendapatkan perintah mahkamah secara sah di mahkamah jika hendak membuat pengusiran paksa
iii. Menggunakan kuasa/peruntukan undang-undang yang terdapat pada SUHAKAM untuk membawa isu-isu perumahan dan pengusiran paksa serta melobi kerajaan dan Komuniti antarabangsa supaya akta-akta pengusiran haram ini dimansuhkan dan mendapatkan sokongan mereka untuk memperhentikan Kerajaan Malaysia untuk menindas rakyatnya sendiri. Suruhanjaya Hak Asasi harus memastikan rakyat Malaysia selamat, tidak dianiaya dan dilindungi hak asasi mereka.
1. Menghantar kumpulan pemantau pada 15 Mac 2011 untuk memantau kedaan sekiranya kerja pengusiran masih diteruskan. Malah pada masa yang sama, kami juga ingin menggesa SUHAKAM untuk lebih proaktif dengan cuba menjadi orang tengah antara pihak DBKL, Polis dan penduduk.
F) KESIMPULAN
Masalah yang kami utarakan ini bukanlah satu perkara yang kecil dan remeh temeh. Pekerja Ladang dianiaya di negara sendiri dan Kerajaan hanya memihak kepada segelintir orang kaya. Kami berharap SUHAKAM akan memastikan tidak berlakunya pencabulan hak asasi keatas rakyat Malaysia.
MEMORANDUM INI ADALAH USAHA SAMA JERIT BERSAMA DENGAN JAWATANKUASA PENDUDUK BEKAS PEKERJA LADANG BUKIT JALIL DAN NGO
[1] Resolusi-Resolusi antarabangsa Hak Asasi Manusia terhadap Hak Perumahan:
1. International Covenant On Economic, Social And Cultural Rights (1966) Article 11(1)
2. International Covenant On Civil And Political Rights (1966) And 17 (1)(2)
3. Convention On The Elimination Of All Forms Of Discrimination Against Women (1979): Article 14(2)(H)
4. Declaration On The Rights Of The Child (1959):Principle 4
5. Convention On The Rights Of The Child (1989)Article 27(3)
6. International Labor Organization Convention No. 117 Concerning Social Policy (1962): Article 2, 4 And 5(2)
7. Declaration On Social Progress And Development (1986): Article 8(1)
8. Habitat Agenda: Paragraphs 8,26, 39, 60 And 61
9. Agenda 21: Chapter 7.6, 7.9(B)(C) And 7.30(F)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment