ShareThis

Monday, March 21, 2011

14-3-11 Rayuan terakhir untuk hentikan perobohan rumah Ladang Bukit Jalil





Sebagai cubaan terakhir, satu notis mahkamah telah dihantar kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin,
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Tan Sri Abdul Gani Patail Peguam Negara. Satu sidang akhbar juga diadakan untuk mengutarakan isu ini dan Ketua pemuda MIC juga turut serta di kampung ini utnuk memberikan sokongan.

YAB, YB,

NOTIS PEMBERITAHUAN SUPAYA BERPINDAH DAN MENGOSONGKAN TAPAK TERHADAP PENDUDUK KAMPONG LADANG BUKIT JALIL , KUALA LUMPUR



Kami merujuk kepada perkara diatas dan surat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertarikh 01.03.2011 dengan tajuk seperti diatas di mana kami mewakili Lourdemary a/p N.Vasu Pillai I/C: 640609-08-5279 dan 40 lagi keluarga penduduk-penduduk Ladang Bukit Jalil.

Sila ambil perhatian bahawa Notis pemberitahuan bertarikh 01.03.2011 yang diserahkan kepada anak guam kami adalah tidak sah di bawah undang-undang dan tidak terpakai terhadap anak guam kami yang merupakan penduduk-penduduk Ladang Bukit Jalil yang sah.

Notis pengosongan tersebut tidak merujuk kepada mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada dan kami juga ingin membawa kepada perhatian YAB,YB Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950 dimana pihak DBKL perlu mendapatkan satu perintah mahkamah sekiranya hendak mendapat pemilikan kosong tanah tersebut.

Kami juga ingin menarik perhatian Tuan bahawa pada 11.03.2011, Datuk Bandar DBKL melalui Pegawai Khas beliau, Encik Md Aznan telah memaklumkan kepada kami secara lisan bahawa Datuk Bandar mengatakan bahawa beliau tidak lagi mempunyai kuasa terhadap Notis Pengosongan yang dihantar memandangkan kuasa adalah di tangan "Menteri".

Kami dengan ini menegaskan bahawa sebarang operasi perobohan pada 15.03.11 adalah tidak sah dan dengan ini menuntut YAB,YB mengarahkan pihak DBKL atau mana-mana agensi lain termasuk PDRM untuk bertindak mengikut lunas perundangan dan tidak melibatkan diri dalam operasi perobohan haram ini memandangkan pendud telah membuat tidak kuarang daripada 80 lapaoran polis terhadap ancaman perobohan haram yang akan dijalankan pada 15.03.2011.

Kami juga ingin merujuk kepada Notis Pengosongan bertarikh 01-03-11 dimana pihak DBKL menyatakan bahawa satu persetujuan telah dicapai mengenai isu pampasan dalam satu pertemuan pada 23.02.2011 di mana kami menyatakan bahawa pernyataan dalam surat tersebut bercanggah dengan apa yang telah berlaku kerana hanya pengumuman yang dibuat dan tiada sebarang persetujuan dicapai antara pihak-pihak yang terlibat mengenai isu pampasan.

Kami menuntut agar satu rundingan yang sempurna dapat diadakan dengan penduduk-penduduk untuk menyelesaikan isu penduduk lading Bukit jalil yang telah menetap disana untuk 80 tahun dan akami menuntut agar operasi perobohan haram yang akan dijalankan oleh DBKL pada 15.03.2011 dihentikan dengan serta merta.

yang benar

Fadiah Nadwa Fikri
b/p KESAVAN

No comments: