ShareThis

Monday, March 21, 2011

13-5-11 Kem belia Sosialis dan Skuad Merah




Kem Belia Sosialis ideology kali ini telah diadakan di Nur Sg Merab, Hulu Langat, Selangor pada 12&13hb Mac 2011. Kem kali ini adalah khusus untuk memberi sesi kepimpinan dan penubuhan Skuad Merah Pemuda Sosialis.

Kem yang disertai oleh lebih kurang 20 kordinator Pemuda Sosialis daripada Sg Siput, Kajang, Ampang, Subang dan Semenyih ini dimulakan dengan nyanyian lagu Internationale.

Antara program adalah perkongsian pengalaman oleh Unit Amal Parti PAS yang diberikan oleh Sdr Sharifuddin dan rakan-rakan beliau. Tujuan utama sesi ini ialah untuk mendapat gambaran awal untuk penubuhan Skuad Merah. Sdr Hishamuddin Rasis juga berbincang mengenai aspek budaya an seni,

Sdr Selvam daripada kepimpinan tertinggi PSM memberi sesi mengenai ciri-ciri untuk penubuhan Skuad Merah oleh Pemuda Sosialis dan berkongsi maklumat mengenai kumpulan ‘ marshal ’ parti daripada negara-negara lain seperti Korea dan India. Beliau memberitahu kepentingan Pemuda Sosialis menyedari intipati skuad ini yang seharusnya bersifat sosialis dan bergerak dalam landasan yang berdisiplin serta berani semasa berjuang bersama kaum pekerja.

Program disudahi dengan sesi evaluasi keseluruhan dan rata-rata semua peserta merasakan kepentingan untuk pemuda lebih aktif dan mampu untuk maju ke depan.

Laporan sepenuhnya boleh diperolehi dari http://penamerahps.blogspot.com/ laman web Pemuda sosialis

No comments: