ShareThis

Saturday, March 12, 2011

11-3-11 DBKL angkuh Rakyat teguh ....insiden di hadapan DBKL episod ladang berusia 80 tahun akan diranapkan














Pada pukul 1.00tengah hari, Sdr. Bala seorang daripada ahli jawatankuasa penduduk telah menyuruh penduduk Ladang Bukit Jalil yang sedang berpiket di depan pintu masuk sambil melaungkan slogan “ turun-turun Datuk Bandar” cepat-cepat masuk ke dalam bangunan. Penduduk yang berpiket mula berjalan kearah Sdr Bala yang menuju ke pintu masuk bangunan dengan harapan dapat berjumpa dengan Datuk Bandar. Akan tetapi apa yang menanti mereka hanyalah satu pergelutan dasyat yang sama sekali menghalang penduduk masuk ke dalam bangunan.

Pagi ini lebih kurang pukul 11.00pagi lebih 100 penduduk ladang Bukit Jalil bersama peguam mereka Faadiah Nadwa Fikri dan kawan-kawan NGO dari Jerit, Dema, PERMAS. Lawyers for Liberty dan beberapa kumpulan lain telah lama telah berkumpul di pintu masuk bangunan DBKL untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi tuntutan penduduk kepada Datuk Bandar.

Turut bersama adalah Setiausaha Agung PSM S.Arutchelvan, Bendahari kehormat A.Sivarajan, Ahli JK Pusat V.Selvam, Naib Presiden PKR Surinderan, Penyelaras Komas Jo Hann dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa.

Penduduk pula melaungkan slogan “DBKL Kejam” , “Datuk Bandar Penipu”, “DBKL kaya, penduduk Merana” dan “jangan roboh rumah kami” dan mendesak Datuk Bandar turun. Akan tetapi Datuk Bandar langsung tak turun walaupun telah beberapa kali dikatakan nbeliau akan turun selepas mesyuarat.

Setelah tunggu lebih dua jam, Jawatankuasa bersama peguam telah masuk ke dalam bangunan untuk mengetahui status. Namun mereka hampa kerana tidak dapat satu jaminan yang Datuk Bandar akan berjumpa dengan penduduk. Pada ketika itulah sdr. Bala yang sudah marah menyuruh semua penduduk yang berpiket di luar bangunan untuk ke dalam. Akan tetapi polis dan petugas DBKL telah menolak dan menghalang penduduk daripada memasuki bangunan tersebut. Mengapa penduduk harus dilayan sebegini oleh Datuk Bandar. Bukankah DBKL tempat awam.

Selepas insiden tersebut penduduk telah berprotes duduk di pintu masuk bangunan DBKL. Di satu pihak Jawatankuasa dan Peguam pula masih menjalankan rundingan untuk berjumpa dengan Datuk Bandar. Namun mereka hampa dengan jawapan PA yang mengatakan perkara melibatkan ladang Bukit Jalil bukan di bawah bidang kuasa mereka dan ia adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Kalau ia bukan di bawah bidang kuasa mereka mengapakah DBKL perlu isukan Notis Pengosongan rumah tersebut?

Penduduk telah mencabar DBKL angkuh dan yang akan meneruskan perobohan haram pada 15 Mac nanti. Peguam mereka telah menghantar satu notis yang mempertikaikan jawapan Datuk Bandar dan perobohan haram yang bakal dilakukan itu.

Ditulis Oleh,
Parames.E
JERIT

No comments: